Followers

Wednesday, March 24, 2010

COASTER

The green colour...


Diameter : 8cm

COASTER

This is my first entry for crochet. If you would like to try something different for your coaster, this would add to your choice. Coaster ni boleh menyerap air dan kalau kotor boleh dicuci. Tahan lama dan mudah disimpan. Patennya juga mudah dikait dan nampak menarik.


diameter :9cm




Paten asalnya besar sesuai untuk doilies/table center tapi saya dah ubah sikit supaya ianya ukuran coaster.

Friday, March 19, 2010

Introduction

Slm..untuk entry ke-2 ni, saya akan cerita sedikit tentang hobi sy masa terluang iaitu MENGAIT(CROCHET)..sebenarnya saya memang nak sangat belajar mengait sejak masa sekolah rendah lagi..unfortunately, no one can teach me..jadi terkubur sajalah hasratku sampai la habis belajar..bila mula keje lepas graduate, dok la sekejap dengan makcik..di sinilah bermula segalanya..jeng jeng jeng..rupa-rupanya makcik saya ni pandai mengait..jadi saya belajar la dengan dia sampai pandai..buat tali air, batang pinang, kulit siput & sbgnya..bila dah tahu mengait ni barulah tahu senang jer rupanya..kadang2 tolong makcik ambil tempahan utk buat chairback, doilies, table runner/cloth & dll..
jarum kait

Jarum kait saya tak banyak cuma ada 4 jer, 2 untuk benang acrylic dan 2 lagi untuk benang wool..jenamanya adalah 'ROSE' dan 'TULIP'..saiz jarum 8/9 untuk acrylic dan 3/4 untuk wool..

benang

Sebenarnya saya lebih suka mengait menggunakan benang acrylic berbanding wool..bagi saya guna benang acrylic crochet tahan lama, tidak mudah berbulu & pecah dan hasil coraknya juga lebih cantik dan kemas..dengan penjagaan yang betul, crochet ni boleh digunakan bertahun lamanya..tp mengait guna benang acrylic mengambil masa agak lama..yelah benangnya kecil, jadi nak jadikan satu paten besar memang amik masa..kalau mengait benang wool, satu paten kecil boleh jadi 2x ganda besar drpd benang acrylic..setahu saya brand benang kait yang ada di pasaran adalah 'MINLON' dan 'WINA'..benang acrylic ni saya bahagikan kepada 2 jenis, 'poly' dan 'family'..benang 'poly' lebih kasar (sakit tangan juga la masa mula-mula belajar mengait dulu), besar sedikit drpd benang 'family' dan susah nak ditarik semasa diseterika..benang 'family' lembut, lebih halus dan mudah ditarik semasa diseterika..jadi saiz paten boleh dibesarkan sedikit la kiranya..

buku rujukanku

Sebenarnya nak katakan buku pun tak boleh sbb saya photostate & jadikan file je buku makcik saya..actually buku makcik saya pun fotocopy juga..tak kisah la kan janji bagus..i can say it does!!..buku original dlm bahasa jepun, memang tak faham sepatah pun..tapi instruction step by step untuk suatu paten dilabelkan ikut no. 1, 2, 3 & seterusnya..memang senang sangat..paten dlm buku ni pun banyak, setakat ni blum khatam lagi, tak larat la nak buat semua..ada paten kecil (yg kene sambung2 utk buat paten besar), doilies, tablecloth, chairback dll..pendek kata satu paten boleh buat mcm2 jenis..

Oklah setakat ini jelah entry kali ini..nak tau paten crochet pertama saya? Tungguuuuuu....
Selamat malam semua..wassalam..


Samsung NC10-13GB 10.1-Inch Blue Netbook - Up to 6 Hours of Battery Life
Compaq Presario CQ61-410US 15.6-Inch Laptop (Black)

Wednesday, March 17, 2010

The beginning....

Salam semua..akhirnya siap juga blog ke-2 saya, PRIMROSE TOUCH..well, basically  this blog is all about handmade stuff, a touch of me..especially about CROCHET KNITTING..apa-apa saja yang tangan ni gatal nak buat, hasilnya boleh jadi cantik, unik, hodoh, bodoh, merepek dan sebagainya..pendek kata apa sajalah..saya memang suka dengan 'craft' tp belum berguru secara rasmi dengan sesiapa pun..so kepada 'crafter2', sudi-sudikanlah bertukar pandangan, tunjuk ajar & idea yek..saya ni macam-macam nak belajar, sulam benang & manik, sulam reben, decoupage, felt, quilt, crochet dan sebagainya..dan tempat yang saya boleh tengok semua hasil 'craft' ni adalah CRAFTZONE..kalau nak tengok hasil kerja tangan yang cantik & unik, tengok la dlm CRAFTZONE..dalam ni terkumpul blog-blog yang mempamerkan hasil kerja tangan yang pelbagai dan tersendiri..sy memang suka 'blogwalking' blog dlm CRAFTZONE ni..berjam-jam 'berjalan' kat CRAFTZONE..so kalau nak tau plak apa hasil kerja tangan sy, tunggu entry yang seterusnya (dah ada bahan tapi belum ambil gambar lg).....tungggguuuuuuuuuu.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...