Followers

Tuesday, June 29, 2010

Jalan-jalan??

Salam..jom jalan-jalan..kat mana tu? he3, jalan-jalan kat depan lappy je..mlm ni memang aktiviti jalan-jalan..dah lama juga saya tak jalan-jalan menerjah blogger-blogger lain..sebabnya tidak berkesempatan dan tenet problem..kejap-kejap disconnect, boring betul..well, blog pertama yang saya terjah adalah blog chemp (Chempaqa Lavendar Cottage) sebab blog chemp ada lagu kitaro..saya memang peminat kitaro..lepas tu singgah blog kak sali (Sali Cottage), kak ayu (Ayu Little Cottage), sya (Danisyakiffli), yatt (Yatt's Precious) and so on (yang tak disebutkan di sini jangan marah ye)..seronok terjah blog orang ni, baca entry terbaru dan lama..boleh dapat resepi juga..sambil cuci-cuci dan jamu mata..terliur bila tengok kek/tart/resepi terbaru..jeles juga tengok koleksi depa yang memang mantap..well masing-masing mempunyai minat dan kemahiran yang berlainan..ada FA, signage, faux cake, true cake(oklah nak tutup citer la, time to zzzzzzz....selamat pagi!!!!!


Friday, June 25, 2010

Kain Cottonku

Salam, semalam satu hari tak online langsung..siang memang tidak ada ruang lepas tu malam pulak sakit kepala..apa lagi bila dah makan ubat, letak kepala atas bantal dan zzzzzzz..pagi ni pulak tengok ada e-mail drpd kawan yang urgent kene reply..sory eks, tidak sengaja..
entry kali ni malas la nak citer pasal crochet ni (jari ni kerepot ckit, penat mengait,he3)..kita ceritera pasal kain cotton pulak k..


biru (sold)

koko

Kain di atas ni dilabelkan sebagai '1Malaysia Japanese Cotton' kat kain..kain lembut, mudah digosok dan tak mudah renyuk..kain jarang sedikit tapi taklah jarang sangat..terpulang pada pemakai nak pakai inner @ tak..sekarang nikan musim kain cotton, jadi saya pun ikutlah..saya ada 2 color dan corak je..kira sapa cepat dia dapat..

pink

turqoise blue (sold)

hijau

Kain ini sama dengan cotton yang kat atas tu..cuma yang ni ada sulam benang sikit..ingat lagi tak dolu-dolu kan ada kain yang  sulam benang bunga2 yang ada lubang tengah bunga tu..ha, kain ni mcm tulah tapi skrg ni xde lubang..saya ada sepasang baju kurung moden mcm tu masa kecik-kecik dulu, color light purple..bila pakai seksi you, sebab ada lubang dan kainnya agak jarang..

Harga kain ni untuk follower adalah RM45.00..so sapa yang nak dan belum jadi follower,ala klik je follow tu..senang jekan..puasa dah dekat ni, elok tempah baju awal..(",)

sesiapa yang nak kain-kain kat atas ni roger2 saya di 017-6227527 / email : musbarina@yahoo.com / skype : musbarina

Saturday, June 19, 2010

Handphone case

Salam..kalau entry sebelum ini handphone case saya tidak ada bunga, kali ini agak meriah dengan 'munga' sedikit..kisahnya bermula begini.. well semasa 'blogwalking' 2 minggu lepas saya 'terserempak' dengan 'crochet handphone case' yang ada bunga2 dalam blog orang lain..lepas tu search pulak semua pasal 'crochet handphone case'..menarik!..seteleh saya belek-belek, saya pun cubalah kait sendiri..ha inilah hasilnya..saya beli benang kait ni dua color je, biru dengan maroon..benang putih dan kuning tu saya memang ada lebih sikit..yang color maroon tu kecil sedikit, sesuai untuk saiz handphone kecil dan biasa..manakala yang color biru tu agak besar, sesuai untuk handphone besar seperti Nokia N series dan E series..bila kombinasi warna berlainan digabungkan, memang menambah seri pada handphone case nikan..handphone case ni saya jadikan GIVEAWAY dalam blogshop saya ..ha, sesiapa yang nak dapat handphone case ni secara PERCUMA, singgah la blogshop saya..



Berminat? Hubungi saya di 017-6227527 / e-mail : musbarina@yahoo.com / skype : musbarina...(",)


Thursday, June 17, 2010

Order drpd. K.Zah, Kemaman (crochet no. 10)




Salam..entry kali ini adalah order daripada k.zah, kemaman..dah lama siap dan plan nak upload..tetapi asyik tertangguh je..akhirnya dapat juga buat entry untuk order k.zah ni..k.zah minta saya kecilkan sikit doily dalam entry DOILY..well, after few try and error, akhirnya dapat la paten macam ni..saya terpaksa buang satu bahagian (cuba teka bahagian mana) untuk dapatkan saiz yang k.zah nak..saya guna MINLON CROCHET YARN-POLY..nak berkomunikasi dgn k.zah ni senang sebab k.za guna skype..mula-mula nak order, k.zah voice call skype saya tapi kelakarnya apasal tak dengar pulak..check punya check, rupanya saya dah tersalah cocok headphone la..sory ye k.zah..dah lama tak pakai headphone saya ni sampai dah lupa nak cocok katner..walhal ada label untuk cocok kat mane..he3..kalut punya citer la ni..sekarang doily ni tengah tunggu flight nak ke rumah k.zah..nanti bila dah pos saya bagitau k.zah ye..harap k.zah suka ye..

  

Tuesday, June 15, 2010

Tag drpd K. Ayu (Ayu Little Cottage)

Salam..dah 2 hari tak buka laptop ni..bukak je tadi, nampak kat shoutbox message daripada k.ayu..mekasih, termasuk juga saya dlm pemerhatian k.ayu..ha3, kene buat kerja rumah la ni..boleh saja, tapi lambat sikit la..tengok orang lain yang k.ayu tag dah tepek entry 'tag'..anyway here's the answer....


Senarai soalan subjektif kertas 1...he3
1. Apa yang bermain difikiran anda sekarang?
Well, sebenarnya dah beberapa hari ni tengah fikir macam mana nak 'meletupkan sales' blogshop saya..ramai singgah tapi banyak back-out..WHY,WHY,WHY?????..sapa nak tolong saya..


2. Apakah nama samaran anda?
Well. saya kurang gemar nama samaran..nampak mcm tak ikhlas..just use my real name, rina..



3. Berikan 3 orang yang u olls sayang..
1) my family - my hubby and my kids
2) my family - my parents
3) my family - my siblings

kira boleh macam ni kan..he3..life isn't complete without them..

4. Panggilan untuk sidia
hubby ke? well i call him 'dear'..

5. Hadiah yang u olls impikan dari seseorang yang istimewa..
banyak sangat..malas nak tulis la..


6. Blog mana yang u olls suka visit?
sama dengan k.ayu..suka blogwalking tengok new entry blog orang lain sambil cuci-cuci mata..



7. Tagkan kepada 15 blogger u olls..
alamak, yang ni payah nak jawab..kebanyakannya dah kena tag dengan orang lain la..so skip la soalan ni..

ha, dah siap..oklah cau cin cau..nak mengait kejap sebelum tido....


Saturday, June 12, 2010

Bekas telur crochet




Slm..entry kali pasal bekas telur ni..saya dapat daripada mak saya (minta sebenarnya)..bekas telur ni mak saya dapat daripada majlis kenduri kawin yang dihadirinya..tak sangka masih ada lagi orang yang buat bekas telur crochet ni..seingat saya sewaktu saya kecil dulu memang bekas telur crochet ni pernah menjadi satu trend..tapi sekarang dah takde..so memang 'special' la majlis ni sebab dapat mengembalikan nostalgia
berpuluh tahun dahulu..agak-agak berapa banyak la diorang kait bekas telur ni ye..jenuh juga rasanya nak mengait banyak-banyak walaupun patennya nampak senang..kalau ada masa saya akan cuba kait juga dan tepekkan kat blog ni k..insyaallah..

Friday, June 11, 2010

Award dari K. Ayu (Ayu Litte Cottage)



Well, malam tadi dah terima message dari k.ayu untuk amik award ni dlm blognya..so saya pun ambil la award ni dan nak tepek la kat blog..alamak tenet problem pulak..so simpan la kejap sampai sekarang baru tepek kat sini..ini kira award persahabatan yang pertama dari kak ayu (Ayu Little Cottage)..suka tengok teddy bear ni, cute and sweet..ye la namanya pun 'sweet teddy bear' kan..mekasih banyak kak ayu..
Saya sebenarnya terharu bila ada blogger yang sudi menghulurkan 'persahabatan maya' pada saya..yelah blog saya ni masih baru dan banyak lagi nak kena belajar..kepada blogger2 otai, sila beri tunjuk ajar ye..


Thursday, June 10, 2010

Skype

Salam...malam ni saya nak citer plak pasal 'SKYPE'..apa benda menatang ni? he3..well, menatang ni menambahkan lagi kemudahan komunikasi kita..sebenarnya 'SKYPE' lebih kurang macam YM (yahoo messenger) tapi lebih advance lagi..dengan 'SKYPE', kita boleh buat chatting, video call (boleh nampak gambar), voice call (mcm kita telefon), boleh hantar gambar atau file..kira memang lebih mudah dan advance la..saya berkenalan dengan 'SKYPE' ni pada tahun 2008 semasa bekerja di sebuah syarikat 'freight forwarder' di Port Klang..memang 'SKYPE' ni memudahkan kerja saya..kalau customer nak tahu pasal cargo, vessel(kapal), draft BL (Bill Of Lading), manifest, dan macam-macam lagi (sesiapa yg bekerja dlm bidang 'shipping' mesti tahu semua ni....:), saya cuma berkomunikasi dengan 'SKYPE'..guna telefon & fax pun ada juga tapi taklah sekerap menggunakan 'SKYPE'..he he kekadang boleh sembang dengan bos @ kawan kat meja sebelah..orang tengok macam khusyuk buat keje, rupanya chatting..he3..oh ya, 'SKYPE' ni FREE je..jom la kita daftar ramai-ramai kat http://www.skype.com.. ini bukan iklan berbayar tau tapi saja nak kongsikan dengan kengkawan..

jom daftar kat sini....SKYPE

Monday, June 7, 2010

Centerpieces

salam..kita berjumpa lagi..well, kali ni nak kongsi pulak centerpieces..asas centerpieces ini adalah crochet comel 'nanas' ni..bila dicantumkan, jadi la macam kat bawah ni..saya gunakan centerpieces untuk side table saya (maaf x sempat nak amik gambar)..
size : 36 cm / 14"
MINLON crochet yarn - family



side table kat atas ni ehsan dari mr google yer...he3..


So sesiapa yang berkenan nak tempah crochet ni, roger2 saya di 017-6227527 / skype : musbarina / email : musbarina@yahoo.com..

















Search Amazon.com for home decorating magazines

Tuesday, June 1, 2010

Hantaran

Ini adalah hasil daripada entry terdahulu tentang project saya..hantaran ini sebenarnya dah lama siap tetapi kena tunggu barang sekali baru nak ambil gambar..hantaran ni simple je, guna cara lama (kotak, reben, bunga tiruan, dll)..yelah sekarang ni mcm-mcm fashion untuk hantaran ada..guna bakul besi, bakul rotan, bunga dulang, stoking, raga, dll..paling lama nak siapkan bunga reben dan lekatkan reben organza kat tepi kotak..saya buat agak 'secure' memandangkan perjalanan jauh dan bentuk muka bumi yang ditempuhi..hantaran ni dah selamat bertukar tangan pada 29/05/10 yang lalu di Felda Sebertak, Pahang..jom layan tengok cuci-cuci mata...


ini bakul buah tp masa ambil gmbr, buah belum beli lg..




coklat dah kemek sikit dek kerana panas...:)



 sirih junjung hasil keras tangan makcikku


Ok tak? Sirih junjung pulak atas ihsan makcik saya..terima kasih banyak-banyak..pada mulanya kami nak gunakan tepak sirih je..yelah, nak buat sirih junjung kena buat pada hari bertunang, kalau tak layu..oleh kerana kami bertolak sehari sblm bertunang (28/05/10) dan menginap di rumah makcik di Felda Keratong 2, jadi tepak sirih rasanya lebih praktikal..
Oklah, tutup citer la..mata dah berat ni..layannnn tidoooo.....zzzzzzzz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...