Followers

Friday, March 19, 2010

Introduction

Slm..untuk entry ke-2 ni, saya akan cerita sedikit tentang hobi sy masa terluang iaitu MENGAIT(CROCHET)..sebenarnya saya memang nak sangat belajar mengait sejak masa sekolah rendah lagi..unfortunately, no one can teach me..jadi terkubur sajalah hasratku sampai la habis belajar..bila mula keje lepas graduate, dok la sekejap dengan makcik..di sinilah bermula segalanya..jeng jeng jeng..rupa-rupanya makcik saya ni pandai mengait..jadi saya belajar la dengan dia sampai pandai..buat tali air, batang pinang, kulit siput & sbgnya..bila dah tahu mengait ni barulah tahu senang jer rupanya..kadang2 tolong makcik ambil tempahan utk buat chairback, doilies, table runner/cloth & dll..
jarum kait

Jarum kait saya tak banyak cuma ada 4 jer, 2 untuk benang acrylic dan 2 lagi untuk benang wool..jenamanya adalah 'ROSE' dan 'TULIP'..saiz jarum 8/9 untuk acrylic dan 3/4 untuk wool..

benang

Sebenarnya saya lebih suka mengait menggunakan benang acrylic berbanding wool..bagi saya guna benang acrylic crochet tahan lama, tidak mudah berbulu & pecah dan hasil coraknya juga lebih cantik dan kemas..dengan penjagaan yang betul, crochet ni boleh digunakan bertahun lamanya..tp mengait guna benang acrylic mengambil masa agak lama..yelah benangnya kecil, jadi nak jadikan satu paten besar memang amik masa..kalau mengait benang wool, satu paten kecil boleh jadi 2x ganda besar drpd benang acrylic..setahu saya brand benang kait yang ada di pasaran adalah 'MINLON' dan 'WINA'..benang acrylic ni saya bahagikan kepada 2 jenis, 'poly' dan 'family'..benang 'poly' lebih kasar (sakit tangan juga la masa mula-mula belajar mengait dulu), besar sedikit drpd benang 'family' dan susah nak ditarik semasa diseterika..benang 'family' lembut, lebih halus dan mudah ditarik semasa diseterika..jadi saiz paten boleh dibesarkan sedikit la kiranya..

buku rujukanku

Sebenarnya nak katakan buku pun tak boleh sbb saya photostate & jadikan file je buku makcik saya..actually buku makcik saya pun fotocopy juga..tak kisah la kan janji bagus..i can say it does!!..buku original dlm bahasa jepun, memang tak faham sepatah pun..tapi instruction step by step untuk suatu paten dilabelkan ikut no. 1, 2, 3 & seterusnya..memang senang sangat..paten dlm buku ni pun banyak, setakat ni blum khatam lagi, tak larat la nak buat semua..ada paten kecil (yg kene sambung2 utk buat paten besar), doilies, tablecloth, chairback dll..pendek kata satu paten boleh buat mcm2 jenis..

Oklah setakat ini jelah entry kali ini..nak tau paten crochet pertama saya? Tungguuuuuu....
Selamat malam semua..wassalam..


Samsung NC10-13GB 10.1-Inch Blue Netbook - Up to 6 Hours of Battery Life
Compaq Presario CQ61-410US 15.6-Inch Laptop (Black)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...