Followers

Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Wednesday, January 2, 2019

Tempahan Order Sarung Telur Crochet

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...
Alhamdulillah permulaan untuk tahun 2019. Tempahan drpd cikgu di sebuah sekolah di Kota Samarahan, 50pcs sarung telur crochet lejen dengan warna tema hijau dan blue torquise. 



Katanya bukan untuk majlis istimewa, hanya sebagai cenderahati sempena peralihan tahun disamping sedikit jamuan utk keluarga dan kenalan. Pada saya, X kisah apa majlis pun, tanda ingatan dan terima kasih tuan rumah patut dihargai.. betui dak?

Berminat untuk menempah? Ws 01132001519 je..









Monday, August 27, 2018

Sebarang pertanyaan, pls ws 01132001519

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...
Untuk sebarang pertanyaan @ tempahan, sila ws saya di 01132001519 yer..kadang jarang buka blog nie..ada comment yg saya perasan dah lama.. jadi digalakkan sangat utk ws yer utk fast response..thanks..










Thursday, December 8, 2016

Its Our 10th Wedding Anniversary

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...
Alhamdulillah hari ni genap 10 tahun perkahwinan kami...we have been been through tears and cheers, sweetness and bitterness, ups and down..perkara biasa dalam rencah kehidupan rumahtangga..






May the next ten years bring  ...
 
Renewed commitment to each other,
ever deepening love and empathy,
continuing respect and devotion,
and a lifetime of cherished memories


"A successful marriage requires falling in love
Many times…with the same person"

Saturday, August 6, 2016

Laksa Sarawak - Nyaman!!

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

Sejak berkahwin dengan cik abang, antara menu wajib/kegemaran adalah laksa Sarawak..sebab abang sayang saya orang Sarawak..(",)
Senang je, guna pes macam pes untuk tomyam..kebiasaan saya guna pes laksa Sarawak jenama Hj. Manan..memang inilah satu-satunyer pes yang saya guna, tak pernah cuba jenama lain..recommended by my in law (mum, sisters and brothers)..
rasa laksa Sarawak? bagi saya, penuh dengan rasa rempah dan bahan2 tidak ada ikan macam laksa Penang atau Johor..

Ini cara saya buat laksa Sarawak :
Bahan 1 :
Bihun = 1 peket - rebus dan toskan..

Bahan 2 (untuk kuah laksa)
1 peket pes kuah laksa.
1 kotak santan (200ml).
Air rebusan ayam/udang.
Sedikit belacan - hancurkan dan masukkkan dalam kuah.
- Satukan semua diatas, masak hingga mendidih..saya akan gunakan air yang sama untuk merebus dada ayam dan udang..jadi air rebusan ada rasa ayam dan udang..(",)

Bahan 3 (untuk rencah kering)
3 ketul dada ayam - rebus, toskan dan carik2 isinya (air rebusan jangan buang, guna untuk kuah.
500grm udang - rebus, toskan dan dibuang kulit.
3 biji telur - dadar nipis, potong/gunting nipis-nipis.
5 biji tauhu - potong kecil2 dan goring.
Tauge - celur dan toskan.
Cili besar - potong ikut saiz biasa
Daun sup/ketumbar - saya prefer daun sup sebab bau sedap
Limau kasturi - belah-belah.
Cara nak makan - satukan bihun dan bahan rencah, tuang kuah, perahkan limau, dah sedia dinikmati..





















Ini adalah menu simple saya masa buat makan2 untuk keluarga dan kawan2 terdekat tempohari..laksa Sarawak, kuah kacang dan nasi impit..
kalau nak jemput semua, tak sempat nak masak dan tak mampu nak buat sorang-sorang..
to my surprise also, kengkawan saya dan abang cakap this is their first time rasa laksa Sarawak..terima kasih sebab sudi datang, insyaallah ada rezeki saya jemput lagi yer..




Friday, April 15, 2016

Birthday Card


Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...


Hari ni besday anak saya yg kedua..so mama die terlebeh rajin buatkan kad..
gumbira bukan main die bila dapat kad besday..



Photogrid lagi...(",)


Nampak rerama tak? Suka die dengan rerama tue..





"Whenever you see a successful person you only see the public glories, never the private sacrifices to reach them."

Monday, April 11, 2016

Kelas Mengait Jarum Satu (Crochet) Shah Alam = 23/04/2016

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga...

Di sini saya nak mengajak anda yang berminat untuk mempelajari seni kait jarum satu (crochet), details as below :


Beginners are welcome..sesiapa yang berminat, sila Whatsapp sahaja yer..
Mai kita belajar crochet bersama-sama.. (",)


Monday, April 4, 2016

Crochet Life - Tutorial Website I Love

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...


Alhamdulillah kita dh masuk bulan April 2016..insyaAllah lagi 2 bulan Ramadan akan menjelma..dan Sabtu nie 9/4/2016 adalah 1 Rejab 1437H..Jadi bolehlah kita baca doa bulan Rejab..



Ok, back to citer crochet..terima kasih pada kawan-kawan dalam "Geng Kelab Mengait" yang suka dan banyak share paten, tutorial, gambar..

So salah satu website tutorial yang begitu menarik adalah - CROCHE

Tutorial dalam website adalah dalam bentuk gambar, maknanya die tunjuk step by step macam mana nak kait satu-satu paten..insyaAllah senang difahami dan diikuti..

So jangan lupa singgah yer..

Selamat Mengait..


Friday, October 23, 2015

Crochet Edge @ Doily Again


Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga...


Crochet edge @ doily..harap sudi layan jelah gambar-gambar kat bawah ni, takder idea nak membebel.. :)









"Forget what hurts you, but never forget what it taught you"

Monday, August 24, 2015

Wordless Monday...


Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..


Gembira hati hari nie..sebabnye??? Jeng jeng jeng..

Benang yang sy order dah sampai.. :)


First time order benang import..nak juga merasa dan tengok hasil kait benang import..saya beli tak banyak, cuma 6 balls sjer..cukuplah sebagai permulaan..


Geng Merah


Geng hijau


Solo je - mix blue




Dapat free





Benangnya memang lembut..saiz sama macam benang Minlon/Nona..kalau tak silap nama benang ialah "baby cashmere"

ermmm nak buat apa yer..masih di fikir-fikirkan..

Kalau nak order, bolehlah google "Ladybug Craft"..



"The fragrance of flowers spreads only in the direction of the wind. But the goodness of a person spreads in all directions"





Friday, April 10, 2015

Mari Kumpul Salam Akhirat - Sanggar Suri

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

Salam Jumaat semua...

Dimana nak mulakan yer..saya bukanlah pandai sangat bercerita dan menulis..sebab tu blog saya nie pendek, ringkas dan straight to the point..tiada bebelan atau cerpen-cerpen panjang berjela..

Sebenarnya dah lama nak tulis perihal blog SANGGAR SURI dalam blog saya nie..ada beberapa hal begitu menarik perhatian hati kecil saya..mereka adalah "UNSUNG HERO AND HEROIN", membantu tanpa henti, tanpa mengenal batas sempadan dan penat lelah..halangan can cabaran yang ditempohi menguatkan lagi semangat juang mereka untuk meneruskan usaha murni mereka membantu orang susah, OKU, ibu tunggal dan sebagainya..

Saya bertemu dengan blog SANGGAR SURI secara kebetulan..biasalah dulu saya rajin 'blogwalking' di alam maya - mencari idea dan belajar tentang craft..

Pada mulanya saya saja-saja letakkan blog SANGGAR SURI dalam bloglist saya, supaya saya boleh ikuti perkembangannya dan dengan harapan ada yang klik pada link tersebut..mana tau ada nak menderma..tapi setiap kali membaca update entrynya, tidak dapat disangkal kesungguhan dan kesanggupan mereka membantu mereka yang memerlukan...


Konsep pendekatan yang saya rasa lebih praktikal-tanya pada diri sendiri - mengapa, siapa, di mana, apa yang boleh dibantu/tolong.. bukan menuding jari dengan "kenapa orang tu tak buat, mengapa dia tidak dibantu, dimana orang tu"..


Insyallah tiap misi akan di update dengan details (jumlah dana terkumpul & dibelanjakan, penerima, progress, dll)..mereka ada beberapa misi yang disokong oleh rakan-rakan seperjuangan seperti Tabung Susu, Misi Pembangunan Madrasah & Tahfiz, bantuan fakir miskin dan asnaf..

Jadi saya menyeru, jemputlah singgah di blog mereka, baca dan beleklah setiap lembaran coretan mereka..sememangnya mereka serius membina jambatan akhirat..semoga kita sama-sama dapat share dalam saham ini juga..Amin Ya Rabbal 'Alamin..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...