Followers

Saturday, August 6, 2016

Laksa Sarawak - Nyaman!!

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

Sejak berkahwin dengan cik abang, antara menu wajib/kegemaran adalah laksa Sarawak..sebab abang sayang saya orang Sarawak..(",)

Senang je, guna pes macam pes untuk tomyam..kebiasaan saya guna pes laksa Sarawak jenama Hj. Manan..memang inilah satu-satunyer pes yang saya guna, tak pernah cuba jenama lain..recommended by my in law (mum, sisters and brothers)..

rasa laksa Sarawak? bagi saya, penuh dengan rasa rempah dan bahan2 tidak ada ikan macam laksa Penang atau Johor..

Ini cara saya buat laksa Sarawak :

Bahan 1 :
Bihun = 1 peket - rebus dan toskan..

Bahan 2 (untuk kuah laksa)
1 peket pes kuah laksa.
1 kotak santan (200ml).
Air rebusan ayam/udang.
Sedikit belacan - hancurkan dan masukkkan dalam kuah.
- Satukan semua diatas, masak hingga mendidih..saya akan gunakan air yang sama untuk merebus dada ayam dan udang..jadi air rebusan ada rasa ayam dan udang..(",)

Bahan 3 (untuk rencah kering)
3 ketul dada ayam - rebus, toskan dan carik2 isinya (air rebusan jangan buang, guna untuk kuah.
500grm udang - rebus, toskan dan dibuang kulit.
3 biji telur - dadar nipis, potong/gunting nipis-nipis.
5 biji tauhu - potong kecil2 dan goring.
Tauge - celur dan toskan.
Cili besar - potong ikut saiz biasa
Daun sup/ketumbar - saya prefer daun sup sebab bau sedap
Limau kasturi - belah-belah.

Cara nak makan - satukan bihun dan bahan rencah, tuang kuah, perahkan limau, dah sedia dinikmati..





























Ini adalah menu simple saya masa buat makan2 untuk keluarga dan kawan2 terdekat tempohari..laksa Sarawak, kuah kacang dan nasi impit..
kalau nak jemput semua, tak sempat nak masak dan tak mampu nak buat sorang-sorang..
to my surprise also, kengkawan saya dan abang cakap this is their first time rasa laksa Sarawak..

terima kasih sebab sudi datang, insyaallah ada rezeki saya jemput lagi yer..




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...