Followers

Wednesday, April 7, 2010

Chairback (no. 1)

Chair back boleh digunakan untuk melindungi dan menambah seri pada perabot kita. Memang banyak 'custom-made' chair back di pasaran yang diperbuat daripada pelbagai material. Tapi kalau inginkan kelainan dan 'rajin' lebih sikit bolehlah buat crochet chair back.
 
size : approx. 35cm x 45cm / 13.5" x 18"
MINLON crochet yarn - family
Chair back ni boleh diletakkan pada atas kusyen dan tempat 'arm rest' (maaf dlm gambar ni x letak).

Corak chair back ini adalah cantuman daripada paten-paten kecil. Kira agak leceh jugalah sebab kena kait satu-satu dan cantumkan. Bagi saya paten ini nampak menonjol pada coraknya yang simple tetapi menarik dan senang dikait. Paten ni boleh juga digunakan untuk membuat table centre, lapik tv, vcd player dan sebagainya, terpulang kepada anda.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...