Followers

Sunday, April 28, 2013

My Flower Quilt - Yoyo Fabric

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

kali ini saya nak kongsikan flower quilt ni, craft turun-temurun...from my grandma to my mom and to me...to anak-anak saya? well, tak tahu lagi sbb mereka nie kecik lagi...senang dan simple je buatnye...gunakan kain yang tidak begitu tebal supaya bunganya kemas dan cantik...maaf sebab gambar kurang memuaskan, guna kamera hp 2MP jer..

1) Mula-mula, gunting kain berbentuk bulat dan sama saiz secukupnya. 

2) Selepas itu, lipat ke dalam sedikit dan jahitkan keliling. Bila dah siap jahit macam kat atas ni, tarik dan ketatkan benang sebelum matikan jahitan.

3) Ini adalah bentuk dan hasil selepas dijahit. Buat seberapa banyak yang diperlukan.

4) Untuk sambungkannya, mula-mula ambil 2 ketul dan jahitkan hujung bersama (jahit sikit jer). Ulanglah proses jahit menjahit ni sampai habis. Corak dan bentuk boleh dibuat mengikut kreativiti masing..

Kat bawah ni adalah sebahagian hasil tangan saya..boleh buat lapik tv, radio, CD player and even tablecloth...ada yang saya gunakan kain lebihan menjahit dan ada kain yang saya beli...


yang di atas ni tengah dalam proses, he3 tak tahu bila nak siap nie

Jadi, selamat mencuba...terutamanya kepada tailor, mesti banyak kain lebihkan...boleh buat quilt nie...atau ada sesiapa nak derma kain perca kat saya? Kain dah nak habis nie  ;) ...he3
 

2 comments:

  1. mmg cantik.saya tabik pada sesiapa yg buat ini...kerjanya remeh tapi hasilnya puas hati...teringin gak nak buat....tapi ...bila ye?...
    Harga susu naik mulai Jun

    ReplyDelete
  2. heh3...buat benda-benda craft ni mmg kene rajin..klu x, mmg x menjadi..x kiralah lambat @ cepat, janji siap..ct buatlah, nanti bleh tayang..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...