Ini adalah hasil daripada entry terdahulu tentang project saya..hantaran ini sebenarnya dah lama siap tetapi kena tunggu barang sekali baru nak ambil gambar..hantaran ni simple je, guna cara lama (kotak, reben, bunga tiruan, dll)..yelah sekarang ni mcm-mcm fashion untuk hantaran ada..guna bakul besi, bakul rotan, bunga dulang, stoking, raga, dll..paling lama nak siapkan bunga reben dan lekatkan reben organza kat tepi kotak..saya buat agak 'secure' memandangkan perjalanan jauh dan bentuk muka bumi yang ditempuhi..hantaran ni dah selamat bertukar tangan pada 29/05/10 yang lalu di Felda Sebertak, Pahang..jom layan tengok cuci-cuci mata...
ini bakul buah tp masa ambil gmbr, buah belum beli lg..
coklat dah kemek sikit dek kerana panas...:)
sirih junjung hasil keras tangan makcikku
Ok tak? Sirih junjung pulak atas ihsan makcik saya..terima kasih banyak-banyak..pada mulanya kami nak gunakan tepak sirih je..yelah, nak buat sirih junjung kena buat pada hari bertunang, kalau tak layu..oleh kerana kami bertolak sehari sblm bertunang (28/05/10) dan menginap di rumah makcik di Felda Keratong 2, jadi tepak sirih rasanya lebih praktikal..
Oklah, tutup citer la..mata dah berat ni..layannnn tidoooo.....zzzzzzzz
No comments:
Post a Comment