Followers

Thursday, July 29, 2010

Order topi ala CT drpd. Bandar Baru Bangi

Salam..order kali ni lain sikit..kalau sebelum ni order adalah doily dan tablecloth tapi kali ini customer ni nak saya buatkan topi ala CT Nurhaliza..ala sekarang ni kan Dato' CT suka pakai topi macam kat bawah ni..saya cuba buatkan yang hampir sama tapi tak serupa..he3 kena ada trademark tersendirikan...customer ni order 10 pcs..nampak macam senang tapi beberapa kali jugalah saya adjust..topi ni dah selamat sampai ke tuan punya baru..hopefully she'll love it..

topi ala macam nie (gmbr credit to beautifulnara.com)

gambar semua order

single colour

mix colour

Untuk tempahan, sila hubungi saya di sms 017-6227527 / email : musbarina@yahoo.com / skype : musbarina

Friday, July 23, 2010

GA Ayu Litte Cottage ( K.Ayu)

Salam..buka blog hari ni ternampak n3 K.Ayu ada buat GA..apa lagi jom saya nak join jugak, mana tau ada rezeki boleh dapat..kiranya inilah GA pertama yang saya sertai sejak berblogging ni..syarat-syaratnya adalah :-

~ LINK kan ler http://ayulittlecottage.blogspot.com/ di blog anda...
Dah lama dah..


~ Pastu..TAG kengkawan untuk join GA ini...the more..the merrier!!
1) Chempaqa Lavendar Cottage
2) Yon's Home Decor
3) Ezany Galleria
4) English Deco Club
5) Aina Decoupage

~ Pastu...Leave a comment in this n3...
emmm apa nak komen ye..kak ayu bacalah nanti ye


~ Pastu..Jawab soalan nih dalam comment anda :~
Jika anda mendapat quilt bag ini nanti, apa yang anda akan masukkan kedalam beg tersebut dan kemanakah anda akan bawanya?
(what kind of question???)
 Well, mcm-mcm boleh angkut dalam ni..sebenarnya saya nak deco plate dengan teacups tu..he3...Ya Allah, moga-mogalah dapat..boleh jadi my first collection..


Hadiah terdiri daripada:-
~ Quilt bag (sweet roses)
~ 2 pieces my handmade deco plate
~A big Lavender cup n saucer ( including flower on top..so sweet..)
~ 6 triangle doilies ( U can choose the colour)

so apalagi jom la join....

Wednesday, July 21, 2010

Pengumuman!!!

Salam...pengumuman apa ye? Well, just nak beritahu yang saya akan menutup order bermula bulan Ogos nanti..he3 buat suspen jekan..so kepada sesiapa yang nak tempah crochet, sila order sekarang hingga akhir bulan ni (Julai)..bukannya apa, bila bulan puasa nanti, saya takut keletihan + kemalasan + ketidak laratan melanda...mengikut pengalaman saya, mengait ni juga meletihkan tau..walaupun kita dok mengait tu sambil duduk tapi minda juga kena bekerja keras untuk memastikan supaya jari-jari terus mengait - walaupun kadang-kala kebosanan melanda...he3...oklah itu je untuk entry ni, malas nak menceceh panjang-panjang...layan zzzzzzz lagi bagus...selamat malam...


Tuesday, July 20, 2010

Order drpd. Jiha, KL

Salam..saya terima order ni seangkatan dengan order Kak Zah (Kemaman)..Walau bagaimanapun, tablecloth ni siap akhir bulan Jun lepas..pada 2/7/10 saya poskan dan sehari lepas tu Jiha bagitau saya dia dah terima tablecloth ni..lega rasanya sebab inilah order yang paling lama saya siapkan dan baru sekarang upload dlm entry ni..terima kasih banyak pada Jiha yang sabar menanti..patennya simple je tapi corak yang berulang-ulang ni menyebabkan saya agak jemu nak kait..he3..bentuknya segitiga.. saya guna benang MINLON crochet yarn - family...panjangnya dalam 30" dan lebar ke bawah 18".. 



side table ala2 begini kata Jiha

 Terima kasih Jiha..lain kali boleh order lagi ye..(",)

Saturday, July 17, 2010

Anniversary????

Salam..hari ini genaplah setahun daku menduduki rumah ni..he3, tak sedar cepatnya masa berlalu..my hubby beli rumah ni pada tahun hujung tahun 2008..rumah ni bukanlah rumah baru, kami beli daripada pemilik asal yang tak pernah pun duduk di rumah ini..mulanya si pemilik asal ingat tempat ni berdekatan kawasan Shah Alam (tgk dlm broser)..rupanya nama pemaju memanglah ada nama Shah Alam tapi kawasan ni dah masuk zon Kuala Selangor..si pemilik asal ni bekerja di Port Klang..memang jenuh la nak berulang-alik, ditambah lagi nak menguruskan anak-anak sekolah (dia ni hantar dan ambil anak di sekolah)..jadi dia belilah rumah lain..ironinya, dia beli rumah di bandar botanic (tempat saya menyewa)..kira kes bertukar tempat la ni..
well, bila saya telek-telek rumah ni...alamak, tak banyak yang berubah pun semenjak kami pindah..langsir masih pakai yg lama(walaupun dah beli yang baru tapi belum jahit lg, he3-malassss)..hiasan dalaman?? lagi sedey, tak ada almari hiasan, takde koleksi pinggan mangkuk, takde itu, takde ini..sebenarnya konsep rumah saya sekarang ni, kemas dan selamat..sebabnya??? apalagi kalau bukan 2 orang heroin dalam rumah ni..anak-anak saya memang lasak, cekap tangan dan dll..pintu kaca kabinest TV pun dah retak dan pecah sedikit, rasanya tak sampai 2 bulan beli..kegemaran 2 orang heroin saya ni, memanjat dan lompat-lompat dari satu sofa ke satu sofa, panjat tangga, panjat kabinet TV, dllls..jadi sebab itulah saya memilih untuk jadikan rumah saya lapang je..
so untuk cuci-cuci mata, tengok la gambar dari mr google search ni yer...(",)









orait, jumpa lagi yaa...

Tuesday, July 13, 2010

JOM TOLONG SAYA!!

Salam..entry kali ini adalah tentang kain..KAIN LAGI? saya sebenarnya nak menghabiskan stok kain yang saya ada ni..saya cuba beri harga sebaik mungkin ye..kain cotton dalam entry sebelum ini pun dah dikurangkan..kira 'win-win situation' ye..sebab kadangkala ada kain bukannya mudah nak dapatkan di semua tempat..anyway, ada apa-apa hal, just sms me k..semua kain lembut dan selesa dipakai..oh ya, harga kain TIDAK termasuk kos penghantaran..

1) Thai labuci silk - RM35.00


KAIN A
(2m labuci + 2m plain)
-----------------------------------------


kain B
( 2m labuci + 2m plain)

-----------------------------------------



kain C
(4m labuci)


2) Korean Labuci Silk (2m labuci + 2m plain) - RM35.00
Kain ni jarang, perlu lining @ pakai inner..sangat sesuai utk pegi dinner, bertunang dll



kain A
------------------------------------------------------




kain B
------------------------------------------------------


kain C


3) Satin Silk (4m) - RM35.00

kain A
------------------------------------------------------

kain B
------------------------------------------------------

kain C

Kalau ada yang berkenan di hati atau sebarang pertanyaan, sila sms saya di 017-6227527..digalakkan untuk sms sebab saya jarang online waktu siang..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...