Followers

Saturday, September 4, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Salam..dah lama rasanya tak buat entry semenjak Ramadan..kurang daripada seminggu lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri..rasanya ramai kengkawan/blogger yang sudah memulakan tugas membuat kuih raya sama ada kuih tradisional atau biskut moden..diriku? he3, rasanya tahun ni nak beli je kuih raya..rasa malas nak buat biskut..tahun lepas ada jugalah buat satu dua macam biskut..nampaknya tahun ni 'pencen' la..biskut apa agaknya yang menjadi kegemaran ye..
beberapa hari lepas sempat jenjalan kat klang..huuuiiii, jammed 'gila'..ramai betul yang berkunjung ke bazar diluar/sekeliling Shaw Centrepoint...tapi memang di situlah 'famous spot' menjelang hari raya..macam-macam keperluan raya ada dijual..pendek kata, tak payah nak ke tempat lain, semua keperluan raya boleh diperolehi di situ..daripada baju raya, kuih raya hinggalah untuk perhiasan/deco rumah pun ada dijual..saya rasa harga yang ditawarkan pun murah dan berpatutan..kena pandai pilih dan kawal perbelanjaan sebab memang rambang mata 'shopping' disitu..
Insyaallah hujung minggu ni saya balik kampung..dah packing sikit-sikit barang-barang yang perlu dibawa pulang ke kampung..tak lupa juga dah ambil 2/3 ketul benang kait untuk dibawa pulang, bolehlah mengait sikit-sikit semasa di kampung..
oklah dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada kengkawan semua (blogger/non-blogger)..maaf dipinta kalau ada tersilap kata, terlanjur bahasa dan tersalah tinta di dalam blog ini..kepada yang suka 'blogwalking', terima kasih sebab sudi singgah di blog ini..






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...