Followers

Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts

Friday, September 16, 2011

Gubahan Duit Mas Kahwin

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..

Hari ini cutikan? Saya pasti ramai yang busy buat 'open house'..dan yang dijemput juga busy terkejar-kejar nak penuhi jemputan..saya yakin hari ni, esok dan lusa tak payah masak (",).. jadi selamat beropen house yer..makan tu ingat-ingat kat saya..kalau nak tapaukan pon bleh..he3..

Sepatutnya entry ini saya buat lama dahulu, masa majlis perkahwinan adik saya KLIK DI SINI..tapi ambo dah terlupe dan tertinggal benda nih..ini adalah gubahan duit mas kahwin yang saya buat untuk adik saya..cara nak buat boleh search kat Google, ada banyak..




Gubahan menggunakan duit kertas RM10 dan RM1.00..Jumlah mas kahwin adalah RM100..Selamat mencuba..

Saturday, February 26, 2011

Hantaran Hitam & Putih Utk Adikku

Assalamu'alaikum wbt...
first of all, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi singgah blog ni..walaupun saya tak tahu siapa anda tapi kalau ikut speedcounter saya, ramai juga yang sudi singgah blog ni tanpa meninggalkan jejak di chatbox/comment...terima kasih sekali lagi...
oklah, entry kali ni saya nak kongsi set hantaran yang saya buat untuk adik lelaki saya...majlis akad nikah dan bersanding berlangsung hari yang sama iaitu pada 6/2/2011 di Triang, Pahang...alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...insyaAllah saya akan kongsikan gambar-gambar majlis pada entry akan datang...
Hantaran ni cuma 5 dulang sahaja daripada pihak lelaki...


Sejadah
Telekung

Kasut dan handbag

Gula-gula dan coklat

Kain pasang
Plan awal nak buat coklat+kasut dan gula-gula+handbag...rupa-rupanya tray hantaran kali ni kecik...nasib baik boleh satukan handbag dan kasut...

Sebarang pertanyaan, reach me at musbarina@yahoo.com / sms 017-6227527..

Selamat berhujung minggu!!!

Tuesday, June 1, 2010

Hantaran

Ini adalah hasil daripada entry terdahulu tentang project saya..hantaran ini sebenarnya dah lama siap tetapi kena tunggu barang sekali baru nak ambil gambar..hantaran ni simple je, guna cara lama (kotak, reben, bunga tiruan, dll)..yelah sekarang ni mcm-mcm fashion untuk hantaran ada..guna bakul besi, bakul rotan, bunga dulang, stoking, raga, dll..paling lama nak siapkan bunga reben dan lekatkan reben organza kat tepi kotak..saya buat agak 'secure' memandangkan perjalanan jauh dan bentuk muka bumi yang ditempuhi..hantaran ni dah selamat bertukar tangan pada 29/05/10 yang lalu di Felda Sebertak, Pahang..jom layan tengok cuci-cuci mata...


ini bakul buah tp masa ambil gmbr, buah belum beli lg..




coklat dah kemek sikit dek kerana panas...:)



 sirih junjung hasil keras tangan makcikku


Ok tak? Sirih junjung pulak atas ihsan makcik saya..terima kasih banyak-banyak..pada mulanya kami nak gunakan tepak sirih je..yelah, nak buat sirih junjung kena buat pada hari bertunang, kalau tak layu..oleh kerana kami bertolak sehari sblm bertunang (28/05/10) dan menginap di rumah makcik di Felda Keratong 2, jadi tepak sirih rasanya lebih praktikal..
Oklah, tutup citer la..mata dah berat ni..layannnn tidoooo.....zzzzzzzz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...