Followers

Showing posts with label Quilt. Show all posts
Showing posts with label Quilt. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

My Flower Quilt - Yoyo Fabric

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

kali ini saya nak kongsikan flower quilt ni, craft turun-temurun...from my grandma to my mom and to me...to anak-anak saya? well, tak tahu lagi sbb mereka nie kecik lagi...senang dan simple je buatnye...gunakan kain yang tidak begitu tebal supaya bunganya kemas dan cantik...maaf sebab gambar kurang memuaskan, guna kamera hp 2MP jer..

1) Mula-mula, gunting kain berbentuk bulat dan sama saiz secukupnya. 

2) Selepas itu, lipat ke dalam sedikit dan jahitkan keliling. Bila dah siap jahit macam kat atas ni, tarik dan ketatkan benang sebelum matikan jahitan.

3) Ini adalah bentuk dan hasil selepas dijahit. Buat seberapa banyak yang diperlukan.

4) Untuk sambungkannya, mula-mula ambil 2 ketul dan jahitkan hujung bersama (jahit sikit jer). Ulanglah proses jahit menjahit ni sampai habis. Corak dan bentuk boleh dibuat mengikut kreativiti masing..

Kat bawah ni adalah sebahagian hasil tangan saya..boleh buat lapik tv, radio, CD player and even tablecloth...ada yang saya gunakan kain lebihan menjahit dan ada kain yang saya beli...


yang di atas ni tengah dalam proses, he3 tak tahu bila nak siap nie

Jadi, selamat mencuba...terutamanya kepada tailor, mesti banyak kain lebihkan...boleh buat quilt nie...atau ada sesiapa nak derma kain perca kat saya? Kain dah nak habis nie  ;) ...he3
 

Wednesday, May 26, 2010

Quilt

Pagi tadi sementara menunggu anak dara saya bangun, sempat menjahit sekejap..well, bukan menjahit baju tapi menjahit quilt..quilt ni dah lama tidak disentuh, almaklumlah masa kurang mengizinkan dan agak malas sikit :P...sebenarnya quilt ni saya buat untuk selimut..saya banyak perca-perca lebihan kain buat baju jadi saya guntingkan sama besar dan sambungkan..tidak ada bercorak2 dan 'shape', just gunting segi empat sama saiz dan sambungkan..






Mesin jahit saya plak ni dah lama, rasanya dekat 10 tahun jugak..saya beli masa bujang dulu, harganya rm700++, bayar 3 kali..he3..bukan ade brand pun tapi alhamdulillah masih berbakti sampai sekarang..kalau sekarang ni rasanya mesin jahit macam ni rm250 - rm350 dah boleh dapat..apepun jasamu tetap di kenang wahai mesin jahitku.... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...