Followers

Showing posts with label Tablecloth. Show all posts
Showing posts with label Tablecloth. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

2ND ORDER FROM SUE

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
Ini adalah order drpd KAK SUE.. alhamdulillah, nasib baik sy dah download gambar-gambar ni ke PC..kalau tak, tak dapat la saya nak buat entry..ini adalah order yang kedua, kak sue pernah order crochet sebelum ini KLIK DI SINI .. kak sue order 6 pcs doily dan juga tablecloth bersaiz 20 x 45..
 
Doily (crochet no. 16)


Paten tablecloth (crochet no. 7)

 
Alhamdulillah dah sampai ke tangan kak sue minggu lepas..terima kasih kak sue, lain kali order lagi  yer.. (",)
 

Thursday, July 28, 2011

Crochet Shell - Triangle

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..


Ini adalah crochet shell yang saya buat berbentuk segitiga..biasanya kalau di luar negara yang ada 4 musim, crochet ini biasanya dipanggil 'crochet shell wrap/shawl'..dipakai ketika musim sejuk..tapi saya buat crochet shell ini sebagai lapik TV saya..he3, tak salahkan..crochet shell ini dah lama saya buat, sudah bertahun..alkisahnya, hari ini saya cari sesuatu dan saya terjumpa crochet shell ni..memang sudah lama tidak dipakai..






Crochet shell ini juga sesuai dibuat 'baby hat'..kalau saya rajin, saya akan kongsikan hasil crochet sheel hat saya di sini, insyaAllah..

Friday, July 1, 2011

Hadiah GA utk Yatt

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang

tidak terhingga..

Akhirnya dapat juga buat entry tentang hadiah GA yang saya buat 2 bulan lepas..hui, lamanya..maaf banyak-banyak yer Yatt..ada beberapa paten yang saya kait direject sebab bila dah kait, saya tak berkenan pula..setelah saya belek-belek koleksi PML Yatt, rasanya semua crochet ni bolehlah dipadankan dengan koleksi yatt..at last, ini adalah hasilnya yang saya pilih untuk hadiah Yatt..

1st doily

2nd doily

Square doily (2pcs)

Coaster doily 7" (4pcs)

Overall crochet

Alhamdulillah, Yatt dah terima pun..he3, dah terima baru boleh buat entry nie..kalau tak, tak surprise la kan..harap Yatt suka dan sudi terima hadiah yang tak seberapa nie..

Wednesday, June 22, 2011

Order from Wan, Kapar

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga..


Lama sudah saya tak update tentang order..alkisahnya, sebab kalut jadi terlupa nak ambil gambar..terima kasih pada wan yang sudi tolong ambilkan gambar-gambar crochet ni..ini adalah order yang paling banyak saya terima sejak blog ini dibuka..wan order 15 pcs chairback saiz 17 inci dan sekeping tablecloth untuk meja kopi..crochet ini adalah sebagai hadiah untuk ibunya..alhamdulillah, wan dah beri pun pada ibunya di Terengganu..wan ni datang sendiri ke rumah saya untuk menempah..

Chairback (crochet no. 1)

Tablecloth
Paten untuk tablecloth ni belum pernah ada dalam blog ini lagi.


Terima kasih wan sebab sudi order dan sudi datang rumah saya..lain kali boleh la order lagi..(",)

Sebarang pertanyaan, sila sms 017-6227527 / email musbarina@yahoo.com

Thursday, December 9, 2010

Crochet no. 5 - doily

Size - 10 inches



Interested, pls reach me at musbarina@yahoo.com / sms 017-6227527 / skype musbarina.

Tuesday, December 7, 2010

Crochet order from Sue - My Sweet Cottage

Crochet tablecloth and square doily, order from Sue..


Tablecloth for console table

Paten untuk console table adalah drpd sample paten C (ada dlm entry sblm nie, KLIK DI SINI )...untuk saiz console table nie, saya kait dan sambungkan 19 keping single paten kemudian just kaitkan sedikit di sekeliling tablecloth nie untuk 'emblishment'..   

Square doily 13" - 4 pcs

Thank you Sue...(",)



Thursday, August 19, 2010

Sample dan contoh paten part 1

Salam..di bawah ini adalah beberapa sample paten untuk TABLECLOTH, CENTERPIECES, CHAIRBACK and even COASTER..sample ni saya kaitkan untuk dijadikan contoh, sebab kadang kala gambar dalam diagram kurang menyerlah..jadi bila sudah dikait barulah kita boleh nampak keistimewaan suatu paten tu...jom belek-belek paten di bawah..

paten A

paten B

paten C

paten D


Paten C dan D saya dah sambungkan sedikit..mana kala paten A, B dan C adalah single paten yang harus disambungkan mengikut kesesuaian dan saiz yang dikehendaki..
Jadi sesiapa yang berkenan, roger2 saya di 019-2185581 / email : musbarina@yahoo.com / skype : musbarina..
Tempahan adalah pre-order, maknanya semua tempahan yang saya terima sekarang adalah untuk projek selepas raya..

Sekian, SELAMAT BERPUASA...


Tuesday, July 20, 2010

Order drpd. Jiha, KL

Salam..saya terima order ni seangkatan dengan order Kak Zah (Kemaman)..Walau bagaimanapun, tablecloth ni siap akhir bulan Jun lepas..pada 2/7/10 saya poskan dan sehari lepas tu Jiha bagitau saya dia dah terima tablecloth ni..lega rasanya sebab inilah order yang paling lama saya siapkan dan baru sekarang upload dlm entry ni..terima kasih banyak pada Jiha yang sabar menanti..patennya simple je tapi corak yang berulang-ulang ni menyebabkan saya agak jemu nak kait..he3..bentuknya segitiga.. saya guna benang MINLON crochet yarn - family...panjangnya dalam 30" dan lebar ke bawah 18".. 



side table ala2 begini kata Jiha

 Terima kasih Jiha..lain kali boleh order lagi ye..(",)

Monday, May 3, 2010

CENTERPIECES

Jom mengait lagi. Kali ini entry untuk centerpieces pulak. Centerpieces ni berbentuk heksagon kecil yang saya cantumkan menjadi besar. Cara nak cantumkan juga boleh divariasikan ikut suka. Kalau nak buat tablecloth, kaitkan lagi besar. Yang ini saya gunakan WINA crochet yarn - family.. Sebenarnya hampir semua hasil kait saya menggunakan crochet yarn. Walaupun lambat dan memakan masa(kena byk sabar,kalau x memang tak jadi), tetapi hasilnya lebih cantik, kemas, tahan lama dan benangnya tidak mudah berbulu.


Enjoy viewing...Jumpa lagi..


Search Amazon.com Magazines for home decor magazines
Elle Decor, House Beautiful (1-year), Country Living (1-year)

Wednesday, April 7, 2010

Chairback (no. 1)

Chair back boleh digunakan untuk melindungi dan menambah seri pada perabot kita. Memang banyak 'custom-made' chair back di pasaran yang diperbuat daripada pelbagai material. Tapi kalau inginkan kelainan dan 'rajin' lebih sikit bolehlah buat crochet chair back.
 
size : approx. 35cm x 45cm / 13.5" x 18"
MINLON crochet yarn - family
Chair back ni boleh diletakkan pada atas kusyen dan tempat 'arm rest' (maaf dlm gambar ni x letak).

Corak chair back ini adalah cantuman daripada paten-paten kecil. Kira agak leceh jugalah sebab kena kait satu-satu dan cantumkan. Bagi saya paten ini nampak menonjol pada coraknya yang simple tetapi menarik dan senang dikait. Paten ni boleh juga digunakan untuk membuat table centre, lapik tv, vcd player dan sebagainya, terpulang kepada anda.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...