Followers

Sunday, April 28, 2013

My Flower Quilt - Yoyo Fabric

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

kali ini saya nak kongsikan flower quilt ni, craft turun-temurun...from my grandma to my mom and to me...to anak-anak saya? well, tak tahu lagi sbb mereka nie kecik lagi...senang dan simple je buatnye...gunakan kain yang tidak begitu tebal supaya bunganya kemas dan cantik...maaf sebab gambar kurang memuaskan, guna kamera hp 2MP jer..

1) Mula-mula, gunting kain berbentuk bulat dan sama saiz secukupnya. 

2) Selepas itu, lipat ke dalam sedikit dan jahitkan keliling. Bila dah siap jahit macam kat atas ni, tarik dan ketatkan benang sebelum matikan jahitan.

3) Ini adalah bentuk dan hasil selepas dijahit. Buat seberapa banyak yang diperlukan.

4) Untuk sambungkannya, mula-mula ambil 2 ketul dan jahitkan hujung bersama (jahit sikit jer). Ulanglah proses jahit menjahit ni sampai habis. Corak dan bentuk boleh dibuat mengikut kreativiti masing..

Kat bawah ni adalah sebahagian hasil tangan saya..boleh buat lapik tv, radio, CD player and even tablecloth...ada yang saya gunakan kain lebihan menjahit dan ada kain yang saya beli...


yang di atas ni tengah dalam proses, he3 tak tahu bila nak siap nie

Jadi, selamat mencuba...terutamanya kepada tailor, mesti banyak kain lebihkan...boleh buat quilt nie...atau ada sesiapa nak derma kain perca kat saya? Kain dah nak habis nie  ;) ...he3
 

Thursday, April 18, 2013

Introduction to Year 2013

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
 
Introduction Year 2013?? Tahun 2013 dah 4 bulan berlalu la mek..Inilah first entry utk tahun 2013..Lambat sangatkan entry intro..Apa nak buat, kekangan masa plus internet line yang lembap..
 
Sorotan kebelakang nampaknya tahun lepas (2012) yang paling sikit entry..blogshop pun tergendala-bersawang dan penuh habuk..oh tidak!! Aku perlu bangkit dan teruskan perjuangan cita-cita ku..
 
 

Sunday, December 30, 2012

Yarn Galore!

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
 
A few weeks ago (can't remember when exact date), I bought few yarns for my stock..I just randomly pick the colour that catch my eyes..
 
 
 
 
Cuma beli 10 balls jer..kalau ikutkan hati, nak borong lagi but I keep reminding myself enough!! Eh, tertinggal 1 ball tak ambil gambar..takpelah takde rezeki dia nak interframe..still local brand yarn -Wina, cheap and affordable..
 
Well, I don't really know what I am going to crochet with these yarns...ermmm, nak buat apa yek ???
 
 
 
 

Monday, December 24, 2012

Christmas Card

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
 
A Christmas card for my boss..
 
 
 
 
Merry Christmas and Happy New Year bosss...(",)
 

Tuesday, November 6, 2012

For Someone Really Special

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
 
Birthday card for someone really special..
 
 
 
 
Sharing passion and creativity..
 

Monday, October 22, 2012

Simple & Easy Bookmark - Jom Buat!!

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
 
Jom buat bookmark ni-simple,mudah dan tiada kos perlu dikeluarkan..percayalah!!
 
Bahan utama : sampul duit raya
 
Lipat hujung sampul supaya jadi segitiga.
 
Gunting tapi lebihkan sedikit macam dalam gambar di bawah.

Gunting hujung lebihan supaya jadi macam 'diamond'.

Lipat ke dalam lebihan tadi supaya lebih kemas.
 
Orait, dah siap pun..
 
Cara guna mudah saja, cuma selitkan bookmark pada bucu muka surat yang nak ditanda..
 
 
Mudahkan..tak perlu keluarkan modal pun..Anyway kalau nak 'make-up' untuk lebih menarik lagi, pun boleh juga..

Selamat mencuba...
 

Sunday, September 30, 2012

Hasil Aktiviti Semasa Berpantang

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
 
Ini adalah hasil kait saya semasa berpantang..buat stok untuk blogshop saya..sekarang ni saya kurang mengambil tempahan kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan..
 
 
 
For this type, crochet flower are available upon request and its FREE..(",)
 
Semua stok 'ready made' ni ada dalam BLOGSHOP SAYA, jemputlah singgah yer..InsyaAllah, 'ready stok' akan ditambah dari semasa ke semasa..
 
Lagi satu, untuk sebarang pertanyaan, adalah digalakkan sms terus kepada saya..kalau email, agak lambat ckit saya balas..ada juga email yang masuk dalam 'spam/junk mail' dan kebiasaannya saya kosongkan je 'spam/junk mail' ini..jadi jika ada email yang tak berbalas tu, minta maaf yer..
 

Sunday, September 16, 2012

Sup Bunjut?? Ops Beg Bunjut

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
Akhirnya dapat juga buat posting tentang sup bunjut eh silap, beg bunjut setelah sekian lamanya..beg bunjut ini secara rasminya saya gunakan untuk acara ke pasar @ pasar malam :)..boleh la memuatkan hpone dan purse..yelah kalau ke tempat-tempat begini buat pe bawak handbag..




 Aish apasal kuar warna biru? Warna sebenarnya adalah purple (light and dark purple)..inilah jadinya kalau pakai camera hp(tengah kumpul bajet nak beli camera baru (",)..

Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
 
Masih belum terlambat untuk mengucapkan ...
 
 
Maaf Zahir dan Batin
 
 
Terima kasih juga atas kunjungan anda semua ke blog ini..
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...