Followers

Sunday, September 11, 2011

Baju Raya Anak-Anak

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
Alamak dah agak bersawang blog ni, tak buat entry baru..alhamdulillah, kita sudah berpuasa dan menyambut hari raya aidilfitri..dan sudah pastinya hujung minggu pada bulan ini akan dipenuhi dengan aktiviti rumah terbuka..tak kisah la yang dijemput atau yang menjemput..
Saya sempat menyiapkan sepasang baju kurung untuk anak-anak saya..sebenarnya saya buat 3 pasang, sepasang adalah untuk anak buah saya..bila buat baju setahun sekali nie, kene refresh kemahiran..he3, nasib baik menjadi..




baju kakak

baju adik


Saya juga jahitkan sedikit manik dan labuci pada leher sahaja...bukan main suka lagi..


Thursday, August 25, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..




Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..Selamat berhari raya semua..

Tuesday, August 23, 2011

Bebunga

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..






"Changing the inner attitudes of our minds changes the outer aspects of our lives"


Thursday, July 28, 2011

Crochet Shell - Triangle

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..


Ini adalah crochet shell yang saya buat berbentuk segitiga..biasanya kalau di luar negara yang ada 4 musim, crochet ini biasanya dipanggil 'crochet shell wrap/shawl'..dipakai ketika musim sejuk..tapi saya buat crochet shell ini sebagai lapik TV saya..he3, tak salahkan..crochet shell ini dah lama saya buat, sudah bertahun..alkisahnya, hari ini saya cari sesuatu dan saya terjumpa crochet shell ni..memang sudah lama tidak dipakai..






Crochet shell ini juga sesuai dibuat 'baby hat'..kalau saya rajin, saya akan kongsikan hasil crochet sheel hat saya di sini, insyaAllah..

Tuesday, July 26, 2011

CROCHET HAIRCLIP

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
Ini adalah hasil crochet hairclip saya..saya buat ready stock yang saya jual di BLOGSHOP SAYA.. crochet hairclip ni 2 layer je, saiz dalam 2.5 inci..




Ada yang dah 'sold out'..anyway, kalau berminat saya boleh buatkan stok yang baru..InsyaAllah, stok akan diupdatekan lagi pada masa akan datang..

Bulk order are welcome - minimum order 30pcs..
For inquiry/order, pls email musbarina@yahoo.com atau sms 019-2185581.. (",)


Friday, July 22, 2011

CROCHET PATTERNS

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
Summary crochet pattern lagi...


Crochet no. 19

Crochet no.18

Crochet no. 17
Crochet no. 16

Crochet no. 15


Sebarang pertanyaan, boleh pm contact kt tepi atas nun...

Saturday, July 16, 2011

Jasmine - Pada Lengan Baju

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..








Wednesday, July 13, 2011

Crochet Hat ala CT, order from Khuza JB

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..


Alhamdulillah, minggu lepas saya dapat siapkan crochet hat ala ct nie..order daripada Khuza, JB..pada mulanya, Khuza request warna dark chocolate tapi benang tak ada pula..so Khuza setuju ambil warna hitam..Khuza request juga letak bunga, so saya letak bunga warna purple since saya memang dah ada stok bunga kaler purple yang dah siap sedia..




Alhamdulillah dah sampai ke tangan Khuza pun..harap Khuza suka dan berpuas hati dengan hasil tangan saya..

Sebarang pertanyaan, sms 017-6227527 / email musbarina@yahoo.com..

Tuesday, July 12, 2011

My 1st Quilling..

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..


Alhamdulillah, saya dapat belajar dan buat satu lagi jenis 'craft' - quilling..saya pernah buat entri pasal quilling dulu, KLIK DI SINI.. ini adalah hasil pertama saya dalam quilling-bookmarks..masih banyak yang perlu dipelajari..i was inspired from awesome works by MIYYAH, MIEZAM, LIN, ASMA dan ramai lagi (hanya menyebut beberapa nama saja)..hasil quilling mereka memang cantik, menarik dan tertarikss..saya punya? ha3, masih jaaauuuh ketinggalan..

Bookmarks ini ada bentuk 'love' di atasnya..i use only basic quilling shape..outline kat 'love' tu tak sama rata, comot sikitkan? Saya gunakan kertas yang ada bau wangi, syok sikit..

Just buat bunga-bungaan sahaja..eh, ada seekor rama-rama la..he3..
Bila pakai bookmark ini, bentuk 'love' dok kat luar, badannya kat dalam..

Just a simple bookmark..lama juga saya nak menyiapkan bookmarks ni sebab saya kena garis, then gunting satu persatu dan last sekali baru saya gulung..bila dah agak penat dan jemu mengait, baru saya buat quilling nie..mana tak berzaman..tak apalah, sikit-sikit jadi bukit..lepas ni nak buat shape apa yer?? TUNGGGUUUUUUUUUUU...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...