Followers

Thursday, July 5, 2012

Another Birthday Card

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..


Another birthday card requested by my officemate..for her husband..I made a tri-shutter card which actually my first attempt of making it..




Just a simple card for a special person.. :)

Tuesday, June 19, 2012

CROCHET PATTERN - COASTER

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..

Dah lama saya tak update gambar crochet pattern..bukannya tak ada pattern yang siap (adalah dalam dua pattern je, he3) tapi memang mood untuk mengait benang poly tak datang agak lama..sebabnya?...MALASSSS...penyakit yang tak ada ubat, ubatnya terletak pada diri sendiri..

Oklah, crochet pattern ni siap pada tahun lepas lagi..sebelum saya mula bekerja semula..saiznya kecil je jadi sesuai untuk coaster..

Crochet no. 20



Amacam, ok tak? Lagi satu pattern, upload lain kalilah..InsyaAllah..

Wednesday, June 6, 2012

Birthday Card

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..

Permintaan daripada rakan sekerja - a birthday card for her daughter..sukakan warna yang terang dan garang..





Quote for today - treat everyone with politeness,even those who are rude to you. Not because they are nice but you are..

Wednesday, May 30, 2012

Another Attempt With Quilling - Birthday Card

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..


Another attempt with quilling - a birthday card for my officemate..her birthday was on 9th of May 2012..terima kasih pada blog-blog yang menyediakan tutorial tentang quilling..I really appreciate all your effords..





InsyaAllah, jika ada kelapangan akan cuba buat lagi quilling..masih banyak kena belajar..

Sunday, April 8, 2012

Order Bunga Telur Crochet drpd CT KL

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..

Order kedua bunga telur adalah daripada CT dari KL..CT request warna baby blue 100 pcs..saya gunakan reben warna biru gelap sedikit supaya warna bunga telur lebih menyerlah..majlis berlangsung pada 31.03.2012 yang lalu.














Terima kasih pada CT sebab sudi order daripada blog kak rina dan di atas kesabaran CT menunggu siap tempahannya..kak rina ucapkan "Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga akhir hayat"...amin..

Friday, March 2, 2012

Order Bunga Telur Crochet drpd Yani Putrajaya

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
Ini adalah order pertama yang buat untuk tahun 2012 ni..100pcs of bunga telur crochet warna soft purple..tempahan drpd Yani Putrajaya untuk majlis perkahwinan adiknya pada 03/03/2011..terima kasih Yani sebab sudi datang rumah untuk mengambil tempahan ni..ini kira hasil kerja tangan yang pertama untuk bunga telur, saya pasti banyak kelemahan yang perlu di perbaiki..











Di harap Yani sudilah kongsikan pendapatnya tentang bunga telur ni terutamanya mana yang perlu diperbaiki..

Monday, February 27, 2012

Welcome Back!!!

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..


Sudah 4 bulan blog ni tak ber'update' semenjak memegang status 'bekerja' semula..Pada mulanya memang blog ini tak berjenguk langsung oleh tuan rumah..Tapi sekarang ni baru dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru..


Saya nak ucapkan terima kasih kpd pengunjung blog yang sudi singgah walaupun blog tidak ber'update'..






Cantik tak typography kat atas ni? Bagi saya, memang cantik, tertarik dan 'da boom'..ini adalah hasil kerja SABEENA KARNIK..saya dapat ni semasa searching pasal quilling..
Oklah, dah jauh malam ni..esok sudah pasti tugas mencabar harus ditempuhi..selamat malam zzzzzz....

 

Monday, October 31, 2011

Crochet Hat ala CT, order from Farzana Pahang

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..


Ini adalah order daripada Farzana, Kuala Rompin, Pahang..untuk hadiah 'birthday' katanya..warna yang dipilih adalah warna pink, putih dan hitam..






Diharap zana puas hati yer..jika tidak, sila beritahu..

Tuesday, October 18, 2011

Order from Sha, Bekas Telur Crochet A

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..


Order kali ini drpd Sha dari Ara Damansara..Sha order 60pcs bekas telur crochet A warna peach untuk majlis cukur jambul anak buahnya..first 30pcs was delivered on 30 September 2011 as the function was on 1st October 2011..yang selebihnya 30pcs saya poskan..









Sesak juga la letakkan 30pcs dalam nie..he3



Terima kasih sha..lain kali order lagi yer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...