Followers

Friday, June 26, 2015

Crochet Soccer Hat Lagi - Warna Hijau Pulak !!

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...


Order kali yang ketiga daripada officemate ... alkisahnya sebelum ni request utk topi bola dan utk gegel ... KLIK DISINI dan KLIK DISINI







Her son request for green color this time ..


Kalau berminat, boleh whatsapp 011-32001519 yer ...






Monday, May 18, 2015

Birthday Celebration for May 2015

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

Hari ini berkesempatan membuat sambutan hari lahir utk rakan sekerja.. ada 2 orang untuk bulan Mei..actually this event just started this year..kami akan celebrate birthday ikut bulan..my birthday which was falls on February was over but no photo was save at that moment..tak ingat nak posting dalam blog .. :( 

1st card..happy belated birthday




2nd card...advance happy birthday







Birthday cake..tempah dengan ofismate jugak..

Beside cake, we order McD for lunch ... hopefully this will continue till end of this year and perhaps for years ahead... :)







"What you do today can improve all your tomorrows"







Monday, May 4, 2015

Crochet Hat - Its Soccer Time

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

Permintaan daripada rakan sekerja untuk crochet soccer hat..pernah order crochet untuk anak perempuannya sebelum ni KLIK DI SINI ..

Bila tanya en. Google, dapat la diagram utk topi bola ni..tapi bila cuba buat, alamak tak sesuai la sebab kecik..mungkin diagram tu utk benang besar..

So selepas sesi 'try and error', alhamdulillah siap dan menjadi..

Pandangan dari atas




Model tetap blog nie :)

Anak saya ni 3 tahun..Warna bola yang universal - hitam dan putih..


Rasa macam nak buat warna merah atau kuning hitam .. cer teka pasukan mana? :)

Kalau ada sesiapa yang berminat boleh whatsapp 011-32001519 yer..

Wednesday, April 29, 2015

Curi-curi Memanik

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga...


Curi-curi masa memanik ..






Yang ni kat lengan baju, kaki baju blom siap lagi...


Tapi baju dah pakai melaram masa majlis resepsi adik ipar di Kuching... :)





"Creativity is allowing yourself to make mistakes. Art is knowing which ones to keep"
  by Scott Adams



Friday, April 10, 2015

Mari Kumpul Salam Akhirat - Sanggar Suri

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

Salam Jumaat semua...

Dimana nak mulakan yer..saya bukanlah pandai sangat bercerita dan menulis..sebab tu blog saya nie pendek, ringkas dan straight to the point..tiada bebelan atau cerpen-cerpen panjang berjela..

Sebenarnya dah lama nak tulis perihal blog SANGGAR SURI dalam blog saya nie..ada beberapa hal begitu menarik perhatian hati kecil saya..mereka adalah "UNSUNG HERO AND HEROIN", membantu tanpa henti, tanpa mengenal batas sempadan dan penat lelah..halangan can cabaran yang ditempohi menguatkan lagi semangat juang mereka untuk meneruskan usaha murni mereka membantu orang susah, OKU, ibu tunggal dan sebagainya..

Saya bertemu dengan blog SANGGAR SURI secara kebetulan..biasalah dulu saya rajin 'blogwalking' di alam maya - mencari idea dan belajar tentang craft..

Pada mulanya saya saja-saja letakkan blog SANGGAR SURI dalam bloglist saya, supaya saya boleh ikuti perkembangannya dan dengan harapan ada yang klik pada link tersebut..mana tau ada nak menderma..tapi setiap kali membaca update entrynya, tidak dapat disangkal kesungguhan dan kesanggupan mereka membantu mereka yang memerlukan...


Konsep pendekatan yang saya rasa lebih praktikal-tanya pada diri sendiri - mengapa, siapa, di mana, apa yang boleh dibantu/tolong.. bukan menuding jari dengan "kenapa orang tu tak buat, mengapa dia tidak dibantu, dimana orang tu"..


Insyallah tiap misi akan di update dengan details (jumlah dana terkumpul & dibelanjakan, penerima, progress, dll)..mereka ada beberapa misi yang disokong oleh rakan-rakan seperjuangan seperti Tabung Susu, Misi Pembangunan Madrasah & Tahfiz, bantuan fakir miskin dan asnaf..

Jadi saya menyeru, jemputlah singgah di blog mereka, baca dan beleklah setiap lembaran coretan mereka..sememangnya mereka serius membina jambatan akhirat..semoga kita sama-sama dapat share dalam saham ini juga..Amin Ya Rabbal 'Alamin..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...