Followers

Wednesday, September 28, 2011

BEKAS TELUR CROCHET G

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..


Lagi paten bekas telur..yang ini last untuk trio purple + lilac + putih..kenapa tiba-tiba banyak plak entry pasal bekas telur crochet ni? Alkisahnya, ada yang minta saya buatkan design baru..jadi saya pun perah otak dan kreativiti, lalu inilah hasilnya..
yang ini bunganya juga timbul macam entry sblm nie, KLIK DISINI..
jom layan gambar..




Kalau berminat, roger2 saya yer... (",)

BEKAS TELUR CROCHET F

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..

Lagi paten bekas telur..



terdapat lekuk-lekuk bunga dikeliling bekas telur

Bekas tiada tangkai, boleh kemaskan dengan ikatan reben..terdapat lekuk-lekuk bunga disekeliling bekas telur..adakah ianya menarik hati anda? Jika berminat, roger2 saya yer..

Tuesday, September 27, 2011

BEKAS TELUR CROCHET E

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..

Lagi paten bekas telur..






Paten ni ada bunga diluarnya, kira bunganya timbul..tiada tangkai, boleh kemaskan dengan ikatan reben..kalau berminat, roger2 saya k..

Friday, September 23, 2011

BEKAS TELUR CROCHET D

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..




Ini adalah design baru untuk koleksi bekas telur crochet saya..saiznya agak besar sedikit, boleh muat bekas potpori dari entry terdahulu saya KLIK DI SINI..
Kalau berkenan, just roger2 saya yer..

Monday, September 19, 2011

Bunga telur crochet? Boleh ke?

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..







Bila saya tengok bunga telur yang bermacam-macam - bunga dip, stoking, satin, tisu, reben, dll, maka saya terfikir boleh ke crochet flower buat macam tu..jadi saya pun cubalah dan inilah hasilnya..tak salah mencuba sesuatu yang baru kan? Just simple, bunga crochet + reben sahaja - menggunakan stok yang sedia ada..(",)..rasanya lagi meriah kalau ditambah aksesori tambahan lain..
Amacam ok tak?

 

Friday, September 16, 2011

Gubahan Duit Mas Kahwin

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..

Hari ini cutikan? Saya pasti ramai yang busy buat 'open house'..dan yang dijemput juga busy terkejar-kejar nak penuhi jemputan..saya yakin hari ni, esok dan lusa tak payah masak (",).. jadi selamat beropen house yer..makan tu ingat-ingat kat saya..kalau nak tapaukan pon bleh..he3..

Sepatutnya entry ini saya buat lama dahulu, masa majlis perkahwinan adik saya KLIK DI SINI..tapi ambo dah terlupe dan tertinggal benda nih..ini adalah gubahan duit mas kahwin yang saya buat untuk adik saya..cara nak buat boleh search kat Google, ada banyak..




Gubahan menggunakan duit kertas RM10 dan RM1.00..Jumlah mas kahwin adalah RM100..Selamat mencuba..

Wednesday, September 14, 2011

Make-over bekas kuih

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
Selepas bercuti raya di kampung, saya sempat buat make-over untuk bekas kuih raya..mulanya bila nak letak kuih raya dalam bekas kuih tu, rasa macam dah jemu tengok bekas kuih yang sama tiap tahun..jadi saya pun jahitkan bunga reben sikit..simple sahaja, just letak bunga dengan reben pada bahagian atas bekas sahaja dan gam..siap!!!...



Yang di bwh ini pulak, my first trial untuk make-up bekas kuih plastik..just guna kain, reben dan gam..pada bulan Ramadan rancangan WHI banyak memaparkan demo buat bekas kuih ni kan..jadi saya pun cubalah..well, inilah hasilnya..jeng jeng jeng..




Semuanya menggunakan bahan-bahan yang sudah sedia ada dalam simpanan saya..myb lain kali boleh buat banyak lagi.. (",)

Tuesday, September 13, 2011

Al kisah kek lapis Sarawak

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..


Siapa suka makan kek lapis Sarawak, angkat tangan!!! Dulu masa mula-mula kawin(my hubby Sarawakian, he3), memang suka sgt dengan kek lapis ni..tapi sekarang ni bila dah selalu makan, agak muak sikit..saya suka tengok kek lapis Sarawak yang cantik dan berwarna warni...ada yang bercorak-corak juga..saya percaya ada yang membeli dek kerana corak dan warnanya kan..


Seperti biasa, bila menjelang bulan Ramadan memang kami akan eksport kek lapis ni ke Semenanjung untuk dijual kepada rakan-rakan..tapi tahun ini jualan merudun jatuh..sebabnya? dek kerana mentega 'golden churn creamy butter' yang telah disahkan tidak halal oleh JAKIM..ramai pengusaha kek lapis yang menggunakan butter nie..pengusaha yang menggunakan atau pernah menggunakan 'butter' ini telah menyamak peralatan dan premis mereka supaya tidak menimbulkan keraguan..boleh baca selanjutnya di sini, KLIK DI SINI 

Walau bagaimanapun, kami memang dapatkannya daripada pengusaha yang halal dan tidak pernah menggunakan mentega tersebut..tapi bila masuk bab halal haram ni, ada yang meragui kesahihannya..jadi ada yang tak jadi beli, malah ada yang memulangkan  semula kek apabila mengetahui tentang isu mentega ini..
tapi, alhamdulillah kek yang saya eksport habis juga..nasib baik tak order banyak sangat..malah ada yang nak order lagi di akhir-akhir Ramadan..sorry yer sebab tak dapat nak penuhi permintaan..


Itulah namanya cabaran berniaga..yang penting teruskan usaha, jangan putus asa..saya masih ada sedikit kek lapis untuk tetamu-tetamu yang datang ke rumah..kalau nak merasa, datang la rumah yer..tapi siapa cepat dia dapat, sapa lambat habissss dahhh....he3..

Sunday, September 11, 2011

Baju Raya Anak-Anak

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga..
Alamak dah agak bersawang blog ni, tak buat entry baru..alhamdulillah, kita sudah berpuasa dan menyambut hari raya aidilfitri..dan sudah pastinya hujung minggu pada bulan ini akan dipenuhi dengan aktiviti rumah terbuka..tak kisah la yang dijemput atau yang menjemput..
Saya sempat menyiapkan sepasang baju kurung untuk anak-anak saya..sebenarnya saya buat 3 pasang, sepasang adalah untuk anak buah saya..bila buat baju setahun sekali nie, kene refresh kemahiran..he3, nasib baik menjadi..




baju kakak

baju adik


Saya juga jahitkan sedikit manik dan labuci pada leher sahaja...bukan main suka lagi..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...