Followers

Thursday, December 8, 2016

Its Our 10th Wedding Anniversary

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...
Alhamdulillah hari ni genap 10 tahun perkahwinan kami...we have been been through tears and cheers, sweetness and bitterness, ups and down..perkara biasa dalam rencah kehidupan rumahtangga..






May the next ten years bring  ...
 
Renewed commitment to each other,
ever deepening love and empathy,
continuing respect and devotion,
and a lifetime of cherished memories


"A successful marriage requires falling in love
Many times…with the same person"

Saturday, October 15, 2016

Crochet class - pelajar UNIKL


Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...



Alhamdulillah.. Kelas kali nie dengan pelajar UNIKL.. Cantik manis orangnye..Dia join kelas sebagai sebahagian drpd semester break assignment.. Siap buat video, malu I tau.. Sib baik amik part tangan je..
From her story, mak die pun boleh mengait.. Cuma dah tinggalkan agak lama, jd banyak yg lupa... 

 Terima kasih dik sudi belajar dgn akk..

Monday, October 10, 2016

Cozy Bottle Holder Again & Again

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga..

Done another cozy bottle holder..

"Life battles don't always go to the stronger and faster man, but sooner or later
the man who wins is the man who thinks he can"

Monday, September 12, 2016

Cozy Bottle Holder

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...
Cozy bottle holder again..kali ini botol bentuk segi empat, 1st time buat yang macam nie..

Dah siap tapi belum make-up lagi..



After make-up..
Final touch, I put fruits on each side..Ini adalah tempahan daripada rakan sewaktu belajar di UITM Jengka dulu..So far, feedback die suka..


Dalam pada tu, saya selitkan 5 ketul roses brooch nie..boleh la pakai gi keje ke, gi jalan2 ker, soping2 ker...(",)
Alkisah sikit..kami sekelas sewaktu pra-sains di UITM dulu..agak rapat, beberapa assignment kami buat dalam kumpulan yang sama..kalau dulu, Pra-UITM adalah persediaan untuk masuk diploma..maklumlah nak masuk diploma terus, sangkut sebab kredit saya tak cukup..
Masa tu Pra-UITM ada 2, PRA-SAINS dan PRA-ACCOUNT..Tempoh masa adalah setahun tapi kalau CGPA bagus, 6 bulan dah cukup..Ada beberapa kelas jugak untuk pra nie..Alhamdulillah, selepas 6 bulan saya boleh masuk diploma..jadi tak perlulah membazir masa, dah jimat 6 bulan disitu..
Time nilah kami berpisah..mostly my classmate masuk diploma dan kami ditempatkan di cawangan-cawangan yang ada kursus yang diminta..but mostly di UITM Shah Alam..
Alhamdulillah, dengan adanye FB, kami pun bertemu semula..ok, bye.. (",)

Apalah sengal sangat aku nie...huhuhuhu..

"Dream what you want to dream,
go where you want to go,
be what you want to be,
because you have only one life
and one chance to do all the things
you want to do"





Saturday, August 13, 2016

Crochet class - Org Padang Jawa

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

Setelah asyik2 cancel je kelas di Shah Alam, saya tekad utk buat kelas di rumah..

Alhamdulillah ada yang tak kisah.. Janji dapat belajar mengait..

So kelas pertama di rumah untuk orang Padang Jawa.. Dekat je.. Alhamdulillah sesi berjalan selamat hampir 3jam.. Walaupun sesat juga nak cari rumah saya..

Eh kenapa gambar beg dgn benang je? Huhuhu...hakak terlupa nak snap gmbr...
Terlebih excited leteu...

Terima kasih dik sudi belajar dgn akk.. Rajin2 practice ye.. Jangan sesekàli putus asa..

Happy crocheting.. (",)



Saturday, August 6, 2016

Laksa Sarawak - Nyaman!!

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

Sejak berkahwin dengan cik abang, antara menu wajib/kegemaran adalah laksa Sarawak..sebab abang sayang saya orang Sarawak..(",)
Senang je, guna pes macam pes untuk tomyam..kebiasaan saya guna pes laksa Sarawak jenama Hj. Manan..memang inilah satu-satunyer pes yang saya guna, tak pernah cuba jenama lain..recommended by my in law (mum, sisters and brothers)..
rasa laksa Sarawak? bagi saya, penuh dengan rasa rempah dan bahan2 tidak ada ikan macam laksa Penang atau Johor..

Ini cara saya buat laksa Sarawak :
Bahan 1 :
Bihun = 1 peket - rebus dan toskan..

Bahan 2 (untuk kuah laksa)
1 peket pes kuah laksa.
1 kotak santan (200ml).
Air rebusan ayam/udang.
Sedikit belacan - hancurkan dan masukkkan dalam kuah.
- Satukan semua diatas, masak hingga mendidih..saya akan gunakan air yang sama untuk merebus dada ayam dan udang..jadi air rebusan ada rasa ayam dan udang..(",)

Bahan 3 (untuk rencah kering)
3 ketul dada ayam - rebus, toskan dan carik2 isinya (air rebusan jangan buang, guna untuk kuah.
500grm udang - rebus, toskan dan dibuang kulit.
3 biji telur - dadar nipis, potong/gunting nipis-nipis.
5 biji tauhu - potong kecil2 dan goring.
Tauge - celur dan toskan.
Cili besar - potong ikut saiz biasa
Daun sup/ketumbar - saya prefer daun sup sebab bau sedap
Limau kasturi - belah-belah.
Cara nak makan - satukan bihun dan bahan rencah, tuang kuah, perahkan limau, dah sedia dinikmati..





















Ini adalah menu simple saya masa buat makan2 untuk keluarga dan kawan2 terdekat tempohari..laksa Sarawak, kuah kacang dan nasi impit..
kalau nak jemput semua, tak sempat nak masak dan tak mampu nak buat sorang-sorang..
to my surprise also, kengkawan saya dan abang cakap this is their first time rasa laksa Sarawak..terima kasih sebab sudi datang, insyaallah ada rezeki saya jemput lagi yer..




Friday, June 10, 2016

Cozy Bottle Holder Again...


Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga..

Done another cozy bottle holder..




Photogrid addicted (",)


It is for my daughter's friend..hope she likes it..




Friday, April 15, 2016

Birthday Card


Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...


Hari ni besday anak saya yg kedua..so mama die terlebeh rajin buatkan kad..
gumbira bukan main die bila dapat kad besday..



Photogrid lagi...(",)


Nampak rerama tak? Suka die dengan rerama tue..





"Whenever you see a successful person you only see the public glories, never the private sacrifices to reach them."

Monday, April 11, 2016

Kelas Mengait Jarum Satu (Crochet) Shah Alam = 23/04/2016

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga...

Di sini saya nak mengajak anda yang berminat untuk mempelajari seni kait jarum satu (crochet), details as below :


Beginners are welcome..sesiapa yang berminat, sila Whatsapp sahaja yer..
Mai kita belajar crochet bersama-sama.. (",)


Monday, April 4, 2016

Crochet Life - Tutorial Website I Love

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...


Alhamdulillah kita dh masuk bulan April 2016..insyaAllah lagi 2 bulan Ramadan akan menjelma..dan Sabtu nie 9/4/2016 adalah 1 Rejab 1437H..Jadi bolehlah kita baca doa bulan Rejab..



Ok, back to citer crochet..terima kasih pada kawan-kawan dalam "Geng Kelab Mengait" yang suka dan banyak share paten, tutorial, gambar..

So salah satu website tutorial yang begitu menarik adalah - CROCHE

Tutorial dalam website adalah dalam bentuk gambar, maknanya die tunjuk step by step macam mana nak kait satu-satu paten..insyaAllah senang difahami dan diikuti..

So jangan lupa singgah yer..

Selamat Mengait..


Monday, March 28, 2016

Order - Cozy Bottle Holder


Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...



Order daripada rakan sekerja..nak warna yang sesuail untuk "gegirl"..



Nampak tak - gatai tangan jahit manik sikit..


Bunga kembang setaman


Versi photogrid..makin mengancam bila di 'touch up'.. (",)

#gengkait  #crochet


I have not failed. I've just found 10,000 ways that won't work."
--Thomas A. Edison

Tuesday, March 15, 2016

Crochet Cozy Bottle Holder


 Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...

Alhamdulillah berjaya menyiapkan 'cozy bottle holder'..this is for my 2nd girl..
request warna purple, biru dan pink..




Instagram versi biru..(",)


At this moment, nak buat untuk kakak pulak..InsyaAllah saya kongsikan bila dah siap..
Selamat Mengait, Jangan Jemu yer...



"When you stop chasing the wrong things, you give the right things a chance to catch you." --Lolly Daskal

Thursday, February 25, 2016

Liplap Liplap Si Cantik Manis


Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...


Siap upload gambar atas, search la gambar lain untuk upload lagi..search punya search tapi tak jumpa pulak..maybe dah delete la tu - sengaja @ tidak sengaja.. (",)
Nampaknya guna gambar atas jelah, malas nak tangkap gmbr lagi..
Sempoi je maniknya, saja2 nak mahirkan memanik..practise make perfect right? Banyak lagi yang perlu dipelajari..


"Great minds discuss ideas; average minds discuss events; small minds discuss people." --Eleanor Roosevelt

Sunday, January 31, 2016

Crochet Cozy Bottle Holder

Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang tidak terhingga...
Selamat berhujung minggu semua..hari untuk bersantai bersama keluarga dan anak-anak juga diri sendiri, betul tak?

Terpanggil untuk buat cozy bottle holder ni sebab dah trending dalam group kait (",).. a good reason to start new project right..


Emblishment - buah anggur crochet

Hahaha kurang sesuai - kene buat tinggi lagi

"Success is walking from failure to failure with no loss of enthusiasm."
Winston Churchill

Friday, January 15, 2016

Crochet Handphone Pouch/Case


Assalamu'alaikum wbt..
Ku panjatkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah di atas segala nikmatMu dan kurniaanMu yang
tidak terhingga...

Alhamdulillah kita dah melangkau tahun baru 2016..tahun baru hijrah sudah dan tahun baru masihi pun sudah..

Apa azam tahun nie? Atau sambung azam tahun lepas? (",).. apa-apa pun moga berjaya k..

Entry pembukaan untuk 2016 adalah HP pouch/case..tak besar, muat saiz hp saya Samsung Corby (ada lg ker org pakai nie (",)..hehehehe..warna adalah pilihan saya adalah magenta dan putih..make up sikit dengan button, crochet flower dan manik sikit..


Close up sikit


Oklah sampai jumpa lain kali k..

"Good things come to people who wait, but better things come to those who go out and get them." --Anonymous

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...