Followers

Saturday, June 12, 2010

Bekas telur crochet




Slm..entry kali pasal bekas telur ni..saya dapat daripada mak saya (minta sebenarnya)..bekas telur ni mak saya dapat daripada majlis kenduri kawin yang dihadirinya..tak sangka masih ada lagi orang yang buat bekas telur crochet ni..seingat saya sewaktu saya kecil dulu memang bekas telur crochet ni pernah menjadi satu trend..tapi sekarang dah takde..so memang 'special' la majlis ni sebab dapat mengembalikan nostalgia
berpuluh tahun dahulu..agak-agak berapa banyak la diorang kait bekas telur ni ye..jenuh juga rasanya nak mengait banyak-banyak walaupun patennya nampak senang..kalau ada masa saya akan cuba kait juga dan tepekkan kat blog ni k..insyaallah..

Friday, June 11, 2010

Award dari K. Ayu (Ayu Litte Cottage)



Well, malam tadi dah terima message dari k.ayu untuk amik award ni dlm blognya..so saya pun ambil la award ni dan nak tepek la kat blog..alamak tenet problem pulak..so simpan la kejap sampai sekarang baru tepek kat sini..ini kira award persahabatan yang pertama dari kak ayu (Ayu Little Cottage)..suka tengok teddy bear ni, cute and sweet..ye la namanya pun 'sweet teddy bear' kan..mekasih banyak kak ayu..
Saya sebenarnya terharu bila ada blogger yang sudi menghulurkan 'persahabatan maya' pada saya..yelah blog saya ni masih baru dan banyak lagi nak kena belajar..kepada blogger2 otai, sila beri tunjuk ajar ye..


Thursday, June 10, 2010

Skype

Salam...malam ni saya nak citer plak pasal 'SKYPE'..apa benda menatang ni? he3..well, menatang ni menambahkan lagi kemudahan komunikasi kita..sebenarnya 'SKYPE' lebih kurang macam YM (yahoo messenger) tapi lebih advance lagi..dengan 'SKYPE', kita boleh buat chatting, video call (boleh nampak gambar), voice call (mcm kita telefon), boleh hantar gambar atau file..kira memang lebih mudah dan advance la..saya berkenalan dengan 'SKYPE' ni pada tahun 2008 semasa bekerja di sebuah syarikat 'freight forwarder' di Port Klang..memang 'SKYPE' ni memudahkan kerja saya..kalau customer nak tahu pasal cargo, vessel(kapal), draft BL (Bill Of Lading), manifest, dan macam-macam lagi (sesiapa yg bekerja dlm bidang 'shipping' mesti tahu semua ni....:), saya cuma berkomunikasi dengan 'SKYPE'..guna telefon & fax pun ada juga tapi taklah sekerap menggunakan 'SKYPE'..he he kekadang boleh sembang dengan bos @ kawan kat meja sebelah..orang tengok macam khusyuk buat keje, rupanya chatting..he3..oh ya, 'SKYPE' ni FREE je..jom la kita daftar ramai-ramai kat http://www.skype.com.. ini bukan iklan berbayar tau tapi saja nak kongsikan dengan kengkawan..

jom daftar kat sini....SKYPE

Monday, June 7, 2010

Centerpieces

salam..kita berjumpa lagi..well, kali ni nak kongsi pulak centerpieces..asas centerpieces ini adalah crochet comel 'nanas' ni..bila dicantumkan, jadi la macam kat bawah ni..saya gunakan centerpieces untuk side table saya (maaf x sempat nak amik gambar)..
size : 36 cm / 14"
MINLON crochet yarn - family



side table kat atas ni ehsan dari mr google yer...he3..


So sesiapa yang berkenan nak tempah crochet ni, roger2 saya di 017-6227527 / skype : musbarina / email : musbarina@yahoo.com..

















Search Amazon.com for home decorating magazines

Tuesday, June 1, 2010

Hantaran

Ini adalah hasil daripada entry terdahulu tentang project saya..hantaran ini sebenarnya dah lama siap tetapi kena tunggu barang sekali baru nak ambil gambar..hantaran ni simple je, guna cara lama (kotak, reben, bunga tiruan, dll)..yelah sekarang ni mcm-mcm fashion untuk hantaran ada..guna bakul besi, bakul rotan, bunga dulang, stoking, raga, dll..paling lama nak siapkan bunga reben dan lekatkan reben organza kat tepi kotak..saya buat agak 'secure' memandangkan perjalanan jauh dan bentuk muka bumi yang ditempuhi..hantaran ni dah selamat bertukar tangan pada 29/05/10 yang lalu di Felda Sebertak, Pahang..jom layan tengok cuci-cuci mata...


ini bakul buah tp masa ambil gmbr, buah belum beli lg..




coklat dah kemek sikit dek kerana panas...:)



 sirih junjung hasil keras tangan makcikku


Ok tak? Sirih junjung pulak atas ihsan makcik saya..terima kasih banyak-banyak..pada mulanya kami nak gunakan tepak sirih je..yelah, nak buat sirih junjung kena buat pada hari bertunang, kalau tak layu..oleh kerana kami bertolak sehari sblm bertunang (28/05/10) dan menginap di rumah makcik di Felda Keratong 2, jadi tepak sirih rasanya lebih praktikal..
Oklah, tutup citer la..mata dah berat ni..layannnn tidoooo.....zzzzzzzz

Wednesday, May 26, 2010

Quilt

Pagi tadi sementara menunggu anak dara saya bangun, sempat menjahit sekejap..well, bukan menjahit baju tapi menjahit quilt..quilt ni dah lama tidak disentuh, almaklumlah masa kurang mengizinkan dan agak malas sikit :P...sebenarnya quilt ni saya buat untuk selimut..saya banyak perca-perca lebihan kain buat baju jadi saya guntingkan sama besar dan sambungkan..tidak ada bercorak2 dan 'shape', just gunting segi empat sama saiz dan sambungkan..






Mesin jahit saya plak ni dah lama, rasanya dekat 10 tahun jugak..saya beli masa bujang dulu, harganya rm700++, bayar 3 kali..he3..bukan ade brand pun tapi alhamdulillah masih berbakti sampai sekarang..kalau sekarang ni rasanya mesin jahit macam ni rm250 - rm350 dah boleh dapat..apepun jasamu tetap di kenang wahai mesin jahitku.... :)

Saturday, May 15, 2010

Handphone case

Salam semua..Kali ini saya nak kongsikan handphone case saya yang baru nie..he he he..Sebenarnya hp case ni dah lama siap dan dipakai cuma belum sempat ambil gambar je..Paten ini asalnya adalah paten untuk crochet tapi saya dah 'bege2' untuk jadikan hp case..Case agak besar sebab nak muatkan hp nokia E63 saya..saya guna MINLON knitting yarn..Simple je, takde bunga2..bahagian atasnya saya cuma letakkan button sebagai seal..walau mcm mana pun saya jarang sealkan sebab senang nak angkat call..biasanya saya suka sangkutkan pada rak kunci..amacam ok tak?






Dell D600 Laptop 1.6ghz 40gb DVD/CDRW B Grade Includes Genuine XP Professional restore cd!, Toshiba Satellite L505-GS5037 TruBrite 15.6-Inch Laptop (Black), Compaq Presario CQ61-410US 15.6-Inch Laptop (Black), HP Pavilion DV6-2162NR 15.6-Inch Black Laptop--Up to 4.25 Hours of Battery Life

Tuesday, May 11, 2010

My Life

Salam semua..Beberapa hari yang lepas, sy 'blogwalking' mencari perihal crochet..Well, terjumpa juga walaupun tidak banyak. Masih ada juga yang suka mengait macam saya. Walau macam mana pun, saya rasa dalam Malaysia ni tak ramai yang mengait secara serius sekarang nie (maaf ini pendapat peribadi ye). Kemudian saya terbaca komen yang mengatakan orang yang TAHU MENGAIT ni dah semakin pupus (dh lupa nama blognya). Betul ke? Mungkin ada betulnya terutama kepada anak muda sekarang. Benda-benda macam ni mana diorang nak ambil pusing. Kalau dulu, beberapa bulan sebelum bertunang @ kawin je dah mula mengait untuk dijadikan lapik dulang hantaran. Kemudian buat lapik tv, meja, kabinet dan sebagainya. Pendek kata meriah la rumah tu dengan hiasan kait. Sekarang ni banyak pilihan 'ready-made', pilih dan bayar je, tidak susah. Sebab lain kenapa mengait ni bukan pilihan adalah masa. Mengait memerlukan banyak masa dan ketekunan. Kene buat satu persatu, baris demi baris. Lebih kurang macam kita jahit manik dan labuci, buat sulaman benang dan reben. Semua ni memerlukan ketekunan dan minat yang tinggi, kalau tidak memang tak menjadi. Betul tak?
Apa pendapat anda pula? 



 




House Beautiful (1-year), Elle Decor, New England Home, Country Living (1-year), Decorating Digest: Craft & Home Projects,

Monday, May 3, 2010

CENTERPIECES

Jom mengait lagi. Kali ini entry untuk centerpieces pulak. Centerpieces ni berbentuk heksagon kecil yang saya cantumkan menjadi besar. Cara nak cantumkan juga boleh divariasikan ikut suka. Kalau nak buat tablecloth, kaitkan lagi besar. Yang ini saya gunakan WINA crochet yarn - family.. Sebenarnya hampir semua hasil kait saya menggunakan crochet yarn. Walaupun lambat dan memakan masa(kena byk sabar,kalau x memang tak jadi), tetapi hasilnya lebih cantik, kemas, tahan lama dan benangnya tidak mudah berbulu.


Enjoy viewing...Jumpa lagi..


Search Amazon.com Magazines for home decor magazines
Elle Decor, House Beautiful (1-year), Country Living (1-year)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...